• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Loke: Batal Lesen Syarikat Bas Ekspres Jika Harga Tambang Naik Menjelang Aidilfitri

Loke: Batal Lesen Syarikat Bas Ekspres Jika Harga Tambang Naik Menjelang Aidilfitri

March 19, 2025 By Syafie Leave a Comment

FacebookTwitter


KEMENTERIAN Pengangkutan (MOT) memberi amaran akan membatalkan lesen syarikat bas ekspres yang sengaja menaikkan harga tambang untuk kategori ekonomi menjelang Aidilfitri.

Menterinya, Anthony Loke berkata, pihaknya telah menerima aduan mengenai kenaikan harga tambang dari ibu kota ke Pantai Timur, khususnya untuk perjalanan sempena perayaan.

Loke menegaskan bahawa harga tambang untuk bas ekonomi adalah terkawal dan tidak boleh dinaikkan sewenang-wenangnya. Sementara itu, bagi bas eksekutif, harga tambang tidak dikawal, namun jika kenaikan harga tidak munasabah, tindakan tetap akan diambil.

Pihaknya telah mengarahkan Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) untuk menyiasat syarikat yang terlibat dalam kenaikan harga tambang tersebut.

Sementara itu, Loke menjelaskan bahawa pengendali bas ekspres dibenarkan untuk mengenakan surcaj 10 peratus pada musim perayaan, tetapi tidak boleh melebihi had itu. Surcaj ini telah dikuatkuasakan selama lebih 20 tahun dan biasanya dikenakan seminggu sebelum dan selepas hari raya.

Bagi memastikan keselamatan dan kelancaran perjalanan, Loke turut memaklumkan bahawa operasi bersepadu akan dijalankan dari 24 Mac hingga 8 April di seluruh negara. Operasi ini bertujuan untuk memantau dan mengambil tindakan terhadap pengguna jalan raya yang melanggar undang-undang, dengan kawasan hotspot di Pahang di antaranya dikenal pasti sebanyak 36 lokasi.

SUMBER: AstroAwani

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Anthony Loke, Auto Terkini, Hari Raya Aidilfitri 2025, Kementerian Pengangkutan (MOT), Tambang Bas Ekspres

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
    Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
  • Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!
    Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!
  • GAC Malaysia Umum Datuk Remy Ishak Jadi Duta Baharu!
    GAC Malaysia Umum Datuk Remy Ishak Jadi Duta Baharu!
  • Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
    Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888

PANDU UJI

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev