• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / JPJ: 70,000 Hingga 80,000 Kenderaan Dijangka Masuk Terengganu Sempena Aidilfitri

JPJ: 70,000 Hingga 80,000 Kenderaan Dijangka Masuk Terengganu Sempena Aidilfitri

March 19, 2025 By Syafie Leave a Comment

FacebookTwitter


JABATAN Pengangkutan Jalan (JPJ) Terengganu menjangkakan 70,000 hingga 80,000 kenderaan memasuki negeri itu sempena Aidilfitri tahun ini, dengan kesesakan dijangka bermula 28 Mac dan memuncak pada 29 hingga 30 Mac.

Pengarah JPJ Terengganu, Mohd Zamri Samion memaklumkan kesesakan akan tertumpu di lebuh raya utama dan jalan persekutuan, serta dijangka berterusan pada 5 dan 6 April apabila perantau pulang semula ke destinasi asal.

Bagi memastikan kelancaran trafik, JPJ akan melaksanakan rondaan 16 jam sehari yang akan dipanjangkan kepada 24 jam pada tarikh-tarikh kritikal tersebut.

Anggota JPJ juga akan ditempatkan di lokasi strategik untuk memantau trafik, menyuraikan kenderaan, serta memberi bantuan kecemasan. Pemantauan di kawasan berisiko tinggi juga akan dilakukan untuk mengesan pemandu yang melakukan kesalahan seperti memandu berbahaya.

JPJ menasihati perantau supaya merancang perjalanan dengan baik, memastikan keselamatan, dan mengutamakan sikap berhati-hati di jalan raya.

SUMBER: SinarHarian

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, Hari Raya Aidilfitri 2025, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Terengganu, Lebuh Raya Sesak

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Chery Malaysia Tawar Rebat hingga RM16,888 Sempena Tahun Baharu Cina!
    Chery Malaysia Tawar Rebat hingga RM16,888 Sempena Tahun Baharu Cina!
  • Lambretta Malaysia Umum Pelan 2026, Sasar Perluasa Rangkaian Nasional
    Lambretta Malaysia Umum Pelan 2026, Sasar Perluasa Rangkaian Nasional
  • Kia EV2 dengan Jarak Lebih 440km, EV Kompak Saiz Macam Ativa!
    Kia EV2 dengan Jarak Lebih 440km, EV Kompak Saiz Macam Ativa!
  • Yamaha Ego Avantiz 2026 Diperkenal dengan Pilihan Warna Lebih Segar
    Yamaha Ego Avantiz 2026 Diperkenal dengan Pilihan Warna Lebih Segar

Pandu Uji

Cabaran pandu uji Chery Tiggo PHEV sejauh 1,200km

#PanduUji: Chery Tiggo 8 PHEV, Tiggo 7 PHEV Langsai 1,200km Setangki Minyak Penuh!

#PanduUji: Inilah Cara Menang Cabaran Pandu Proton e.MAS 5 Paling Jimat, Hanya 9.6kW/100km!

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my