• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Lebih 54 Pemain Automotif Asia, Eropah Sertai BIMS 2025

Lebih 54 Pemain Automotif Asia, Eropah Sertai BIMS 2025

March 19, 2025 By Shawkath Leave a Comment

FacebookTwitter


LEBIH 54 jenama automotif dunia sudah mengesahkan penyertaan Pameran Motor Antarabangsa Bangkok (BIMS) ke-46 akan bermula pada 26 Mac hingga 6 April 2025.

Acara selama 12 hari itu akan berlangsung di Challenger Hall (1 hingga 3) dan Forum Hall 4, IMPACT Muang Thong Thani di Thailand.

Tema acara kali ini ialah The Talk of Sensuous Automotive dan berperanan sebagai platform automotif mengetengahkan inovasi, rekabentuk dan kebangkitan pasaran kenderaan elektrik (EV).

BIMS menyediakan satu zon khas untuk kenderaan EV dan alat ganti enjin pembakaran dalaman untuk penganjuran tahun ini, selepas berunding dengan pengeluar-pengedar serta pengedar dari China.

Naib Pengerusi BIMS Ke-46, Jaturont Komolmis berkata:

Buat masa ini, 54 pempamer automotif dari Eropah dan Asia sudah mengesahkan penyertaan. Kami juga amat gembira menyambut kedatangan jenama EV baharu yang akan membuat debut di Thailand.

"Ini termasuk Zeekr, Omoda & Jaecoo, Chery, Kinggen, Juneyao, Riddara dan Geely serta teknologi navigasi kereta dari Huawei. Jenama motosikal elektrik Yadea juga akan membuat kemunculan pertama."

Berdasarkan laporan, acara tahun ini menyaksikan kenaikan penyertaan dari pempamer China membabitkan 14 syarikat baharu menyertai BIMS 2025 berbanding tahun sebelumnya.

Pengunjung dapat menyaksikan pelancaran sejumlah kenderaan baharu membabitkan trenkuasa pembakaran dalaman (ICE), EV serta motosikal dari pelbagai jenama pengeluar.

Penganjur BIMS iaitu Grand Prix International Public Company Limited (Grand Prix International) juga mengadakan kerjasama dengan Nanjing Chuangji Exhibition dari China untuk membawa alat ganti automotif dan motosikal elektrik ke tapak pameran.

Tambahan lain ialah pameran kenderaan terpakai, gaya hidup dan produk fesyen, acara hiburan, pengalaman E-Racing dan  Grandprix Runbike Championship bersama R.C.S.

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: autoterkini, Grand Prix International Public Company Limited, Jaturont Komolmis, Kenderaan Elektrik (EV), Pameran Motor Antarabangsa Bangkok (BIMS), Roda4

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Cruiser Gaya Retro-Moden WMoto Bobbie 450s Lancar, Harga RM19,888
    Cruiser Gaya Retro-Moden WMoto Bobbie 450s Lancar, Harga RM19,888
  • Modenas Z15GT 2026 - Supermoped Buatan Malaysia Lancar dengan DNA Kawasaki!
    Modenas Z15GT 2026 - Supermoped Buatan Malaysia Lancar dengan DNA Kawasaki!
  • Miliki MPV Elektrik Mewah Denza D9 dengan Tawaran Naik Taraf Hingga RM15,000!
    Miliki MPV Elektrik Mewah Denza D9 dengan Tawaran Naik Taraf Hingga RM15,000!
  • Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Tutup Berperingkat Mula 26 Oktober
    Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Tutup Berperingkat Mula 26 Oktober

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev