• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Puspakom Dedah 'Runner' Jual Slot Tempahan Pemeriksaan Sampai Cecah RM750!

Puspakom Dedah 'Runner' Jual Slot Tempahan Pemeriksaan Sampai Cecah RM750!

March 17, 2025 By Syafie Leave a Comment

28
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


PUSAT Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (Puspakom) mendedahkan kegiatan ‘runner’ yang mengaut keuntungan besar dengan menjual slot tempahan pemeriksaan kenderaan kepada pihak ketiga.

Taktik digunakan adalah menempah janji temu menggunakan nombor casis sama, tetapi nombor pendaftaran kenderaan berbeza sebelum menjual pada harga melambung tinggi.

Jual Slot Sampai RM750

Walaupun satu slot janji temu hanya berharga RM3.50, tetapi ada runner menjual hingga RM750!

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Puspakom, Mahmood Razak Bahman berkata, siasatan awal sedang dijalankan dengan kerjasama Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) bagi mengenal pasti individu yang terlibat dalam aktiviti berkenaan.

Beliau menegaskan, Puspakom akan memanggil mereka yang terlibat untuk tindakan selanjutnya. Dalam sidang media di Puspakom Alam Megah, beliau mendakwa siasatan terperinci sedang dilakukan bagi mengetahui motif di sebalik kegiatan tersebut.

Kerjasama JPJ, SPRM

Logo JPJ

Ketua Pengarah JPJ, Datuk Aedy Fadly Ramli turut hadir menjelaskan pihaknya sedang bekerjasama dengan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk menyiasat lebih lanjut mengenai penyalahgunaan itu.

Aedy Fadly mengakui setakat ini, JPJ menghadapi kesukaran mengesan ‘runner’ tersebut kerana saluran komunikasi gagal dihubungi. Namun, beliau menegaskan JPJ akan menggunakan kaedah lain untuk mengenal pasti dan menangani kegiatan berkenaan.

Sebagai langkah pencegahan, Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook menegaskan Puspakom tidak lagi membenarkan tempahan slot pemeriksaan berganda bagi nombor pendaftaran sama. Langkah itu bertujuan mengelakkan penyalahgunaan dan penjualan slot daripada orang tengah untuk meraih keuntungan berlebihan.

SUMBER: SinarHarian | BeritaHarian

Related

28
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Kementerian Pengangkutan (MOT), Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (PUSPAKOM), Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
    Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
  • General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
    General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
  • Kymco AK550 Premium Kini CKD,  Harga Lebih Murah di Malaysia
    Kymco AK550 Premium Kini CKD, Harga Lebih Murah di Malaysia
  • Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460
    Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460

Pandu Uji

#PanduUji: Inilah Cara Menang Cabaran Pandu Proton e.MAS 5 Paling Jimat, Hanya 9.6kW/100km!

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my