• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Chery Malaysia Buka Empat Bilik Pameran Baharu di Borneo

Chery Malaysia Buka Empat Bilik Pameran Baharu di Borneo

March 17, 2025 By Syafie Leave a Comment

FacebookTwitter


CHERY Malaysia meluaskan operasi menerusi pembukaan empat bilik pameran baru di Borneo yang mengukuhkan lagi kehadiran jenama itu di Sabah dan Sarawak.

Pencapaian itu menunjukkan komitmen Chery dalam menyediakan akses lebih baik dan perkhidmatan dipertingkat kepada pelanggan yang semakin berkembang di Malaysia Timur.

Naib Presiden Chery Malaysia, Michael Chew berkata;

Chery sedang berkembang secara perlahan di Borneo dan kami berharap dapat membuka lebih banyak lokasi di kedua-dua negeri ini. Kami bertekad meluaskan rangkaian kami di seluruh Malaysia, memberikan lebih ramai rakyat Malaysia peluang memiliki kenderaan Chery."

"Melalui outlet baharu di Sabah dan Sarawak, kami yakin pelanggan Chery di wilayah ini akan terus menerima perkhidmatan terbaik dalam jualan, servis, dan sokongan selepas jualan."

Chery Sandakan

Pusat Chery Sandakan 1S dimiliki dan dioperasi rakan pengedar Universal Chery Sdn Bhd yang terletak di Tingkat Bawah, Lot No 1, Taman Wemin, Batu 5, Jalan Labuk, 90000 Sandakan, Sabah.

Chery Sandakan_2
Chery Sandakan_1

Bilik pameran dibuka setiap hari seperti berikut:

  • Isnin-Jumaat: 8 pagi - 6 petang
  • Sabtu:  8 pagi - 4 petang
  • Ahad dan Cuti Umum: 10 pagi - 3 petang

Chery Tawau

Pusat Chery Tawau 3S dimiliki dan dioperasi rakan pengedar Universal Chery Sdn Bhd, terletak di TB4005, Taman Berkeley, Batu 1, Jalan Apas, 91000 Tawau, Sabah.

Pusat 3S baharu itu berkeluasan 682 meter persegi yang menawarkan pengalaman menyeluruh dalam melihat kenderaan, perkhidmatan pelanggan, dan penyelenggaraan. Pusat Servis itu mempunyai empat ruang servis yang dikendali juruteknik Chery terlatih.

Bilik pameran dibuka seperti berikut:

  • Isnin-Jumaat: 8.30 pagi - 6 petang
  • Sabtu:8 pagi - 4 petang
  • Ahad dan Cuti Umum: 10 pagi - 3 petang

Pusat Servis pula dibuka:

  • Isnin-Jumaat: 8 pagi - 5 petang
  • Sabtu: 8 pagi - 3 petang
  • Ahad dan Cuti Umum: Tutup

Chery Miri

Pusat 3S Chery Miri dimiliki dan dioperasi rakan pengedar MP Advanced Automotive Sdn Bhd, terletak di Lot 8363-8366, Tingkat Bawah, Blok 1, Daerah Tanah Lambir, Jalan Miri By Pass, 98000 Miri, Sarawak.

Pusat 3S berkeluasan 892 meter persegi ini menawarkan pengalaman menyeluruh dalam melihat kenderaan, perkhidmatan pelanggan, dan penyelenggaraan dengan empat ruang servis dikendalikan juruteknik Chery terlatih.

Bilik Pameran dibuka setiap hari seperti berikut:

  • Isnin-Sabtu: 8 pagi - 5 petang
  • Ahad dan Cuti Umum: 9 pagi - 3 petang

Pusat Servis pula dibuka pada:

  • Isnin-Sabtu: 8 pagi - 5 petang
  • Ahad dan Cuti Umum: Tutup

 Chery Imago Mall Kota Kinabalu

Chery mendefinisi semula kemudahan buat pelanggan yang mahu membeli kenderaan baharu dengan memperkenal bilik pameran di pusat beli-belah.

Bilik pameran butik Chery yang dikendalikan rakan pengedar Universal Chery Sdn Bhd di Imago Mall Kota Kinabalu (Lot G-74-1, Tingkat Bawah) dengan menyediakan tempat di mana pelanggan boleh melihat, memandu uji, dan membuat tempahan untuk kenderaan Chery baharu.

Kami faham keluarga moden hari ini sering menghabiskan hujung minggu dengan membeli-belah, menikmati aktiviti rekreasi, dan menghabiskan masa berkualiti bersama.

"Dengan membawa bilik pameran kami ke Imago Mall, kami memudahkan anda meneroka kereta kami sambil menikmati segala yang ditawarkan pusat membeli-belah ini."

Bilik pameran butik dibuka seperti berikut:

  • Isnin-Khamis: 10 pagi - 8 malam
  • Jumaat-Ahad: 10 pagi - 9 malam

Rangkaian Pengedar Chery di Borneo dan 2025

Menerusi pembukaan baharu itu, Chery Malaysia kini mengendalikan empat bilik pameran dan dua pusat servis di Sabah, manakala Sarawak mempunyai dua bilik pameran dan dua pusat servis, dengan outlet badan dan cat setiap negeri, bagi memenuhi keperluan pelanggan Chery di negeri berkenaan.

Sehingga 2024, Chery mempunyai 56 bilik pameran dan akan terus meluarkan rangkaian outlet pada 2025 kepada 65 premis di seluruh Malaysia.

Ketahui lokasi terkini pengedar Chery Malaysia dengan layari https://www.chery.my/dealer-locator/, termasuk barisan model Chery, di pautan www.chery.my.

Ikuti perkembangan terkini Chery melalui laman Facebook rasmi Chery Malaysia.

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, Bilik Pameran Chery, Borneo, Chery Malaysia, Malaysia Timur

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!
    Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!
  • Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!
    Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!
  • Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
    Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
  • BYD Seal U DM-i Hangat di UK, Jarak Pandu Lebih 1,200 km, Lebih 10 Ribu Terjual Dalam 10 Bulan
    BYD Seal U DM-i Hangat di UK, Jarak Pandu Lebih 1,200 km, Lebih 10 Ribu Terjual Dalam 10 Bulan

PANDU UJI

GAC Emkoo 2025

Media Malaysia Pandu Uji GAC Emkoo 2025 Menjelang Debut, Harga Mula Dijangka RM120k?

PENGEDAR sah jenama GAC Motor di Malaysia, WTC Automotif hari ini … [Baca Lagi...]

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev