• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Dua Gergasi Automobil China Mahu Masuk Pasaran Kanada Menjelang 2020

Dua Gergasi Automobil China Mahu Masuk Pasaran Kanada Menjelang 2020

June 21, 2017 By Han Othman 1 Comment

FacebookTwitter


DUA pengeluar automobil besar di China khabarnya sedang mengintai peluang untuk menembus pasaran kenderaan di Kanada dalam usaha meluaskan pasaran jualan jenama masing-masing. Dua jenama itu ialah Guangzhou Automobile Group Motor (GAC) dan SAIC Motor.

GAC yang popular dengan jenama automobil, Trumpchi di Negara Tembok Besar itu baru-baru ini mengesahkan bakal memasuki pasaran Amerika Syarikat (AS) menjelang 2019, dan Kanada pada tahun berikutnya, menurut Pengurus Besar GAC, Yu Jun.

Sementara itu, menurut laporan The Globe and Mail, eksekutif SAIC Motor baru-baru ini berada di Kanada untuk meninjau pasaran sambil menganalisis pesaing-pesaing sedia ada dari Korea Selatan dan Eropah.

BACA >>> Trivia Geely - Gergasi Automotif China - yang Perlu Anda Tahu

Dalam satu temubual, Jun berkata, jualan Trumpchi di Guangzhou mencatatkan pertumbuhan tahunan kira-kira 85 peratus sepanjang enam tahun lalu. Pada 2016, GAC berjaya menjual 380,000 unit kenderaan di China, sekali gus menambahkan keyakinan mengenai potensi kejayaan jenama itu di pasaran Amerika Utara.

Bagaimanapun, kejayaan hebat di negara sendiri bukanlah bukti sebenar dua jenama itu akan berjaya di Kanada. Ini kerana, sama seperti di Malaysia juga, persepsi mengenai kualiti rendah dan murah terhadap produk China masih menebal dalam kalangan pembeli Kanada.

Ini bermakna, mana-mana kereta jenama baharu perlu tampil dengan sangat baik dan pada masa bukanlah kerja mudah untuk menghapuskan persepsi umum orang ramai terhadap produk buatan China.

Di bawah ini ialah dua model GAC dan Saic sebagai tatapan anda semua. Macam mana? Agaknya, mampukah produk China itu menembus masuk pasaran mat saleh di sana?

GAC TRUMCHI GS4

gac-trumpchi-1
gac-trumpchi-2
gac-trumpchi-3
gac-trumpchi-4
gac-trumpchi-5
gac-trumpchi-6

Kredit Foto: Wautom.com

SAIC ROEWE

saic-roewe-1
saic-roewe-2
saic-roewe-3
saic-roewe-4
saic-roewe-5
saic-roewe-6

KREDIT FOTO: Saicmotor.com

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: China, GAC, Guangzhou Automobile Group Motor (GAC), Roda4, Saic Motor, Trumpchi

Comments

  1. WAW KECOH Gambar Ardell Aryana Nampak Alur Seluar Dalam says

    June 22, 2017 at 9:46 PM

    begitu

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #SembangDeras: Sistem Bayaran Tol Digital Masih Kucar-Kacir, Sampai Bila Nak Tunggu Seragam?
    #SembangDeras: Sistem Bayaran Tol Digital Masih Kucar-Kacir, Sampai Bila Nak Tunggu Seragam?
  • Beli Denza D9 Dapat Pakej Eksklusif Bernilai RM5k, Tawaran Sah Sepanjang September Ini!
    Beli Denza D9 Dapat Pakej Eksklusif Bernilai RM5k, Tawaran Sah Sepanjang September Ini!
  • #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

PANDU UJI

Pandu uji Mazda CX-60 dari Mazda Glenmarie ke TUI BLUE The Haven, Ipoh

#PanduUji: Lenjan Mazda CX-60 dari Glenmarie ke Ipoh, SUV Cita Rasa Premium Jepun Tulen

BERMAZ Motor baru saja melancarkan kenderaan utiliti sukan (SUV) saiz … [Baca Lagi...]

GAC Emkoo 2025

Media Malaysia Pandu Uji GAC Emkoo 2025 Menjelang Debut, Harga Mula Dijangka RM120k?

PENGEDAR sah jenama GAC Motor di Malaysia, WTC Automotif hari ini … [Baca Lagi...]

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev