• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / VCM Buka Tempahan Volvo EX90, XC90 untuk Pasaran Malaysia, Harga Anggaran RM450k

VCM Buka Tempahan Volvo EX90, XC90 untuk Pasaran Malaysia, Harga Anggaran RM450k

March 17, 2025 By Syafie Leave a Comment

FacebookTwitter

VOLVO Car Malaysia (VCM) membuka tempahan untuk dua model kenderaan utiliti sukan (SUV) premium 7-kerusi terbaharu, Volvo EX90 2025 dan XC90 2025 facelift sebagai pilihan baharu dalam barisan kenderaan elektrik (EV) wakil pengeluar itu.

Menariknya, Malaysia adalah antara pasaran pertama Asia Pasifik yang memperkenalkan Volvo EX90 selepas pelancaran di Thailand tahun lalu. Harga pasaran tempatan kedua-dua model itu dianggarkan sekitar RM450,000, dengan perincian lebih lanjut mengenai varian dan spesifikasi akan diumumkan tidak lama lagi.

Volvo EX90 2025

Volvo EX90 ialah model elektrik penuh (BEV) pertama Volvo dalam konfigurasi 7-kerusi sebagai pilihan kepada mereka yang mencari SUV premium berteknologi tinggi.

Sebagai model yang menetapkan penanda aras baharu, Volvo EX90 dilengkapi arkitektur pengkomputeran teras canggih, dan teknologi keselamatan terkini. Ini ditambah keupayaan perisian yang boleh terus dikemas kini secara atas talian (OTA) sepanjang tempoh pemilikan.

Dari segi prestasi, Volvo EX90 menawarkan keseimbangan sempurna antara kemewahan dan prestasi. Dengan jarak pemanduan elektrik lebih 600km, SUV ini mampu memecut 0-100kmj sepantas kurang 5 saat, prestasi luar biasa untuk SUV sekelas.

Tidak ketinggalan, sistem audio Bowers & Wilkins High Fidelity menawarkan pengalaman bunyi premium, manakala tempat duduk 7-kerusi boleh dilipat automatik dengan hanya satu sentuhan punat untuk memberikan ekstra ruang kargo.

Volvo XC90 2025 facelift

Volvo XC90 T8 2025
Volvo XC90 T8 2025

Kepada mereka yang lebih cenderung kepada pilihan hibrid plug-in (PHEV), Volvo XC90 2025 facelift baharu ini menawarkan SUV ikonik yang penuh dengan warisan sejarah pengeluar asal Skandinavia itu.

Volvo XC90 2025 adalah antara model paling popular Volvo sejak diperkenalkan, dan kini menampilkan perubahan besar pertama selepas 10 tahun dengan rekabentuk lebih segar dan antaramuka pengguna lebih moden.

Pada masa sama SUV ini kekal mempertahankan praktikaliti sebagai kelebihan utama yang kini lebih mirip kepada model EV Volvo.

Kedua-dua Volvo EX90 dan XC90 baharu adalah sebahagian usaha Volvo Cars untuk memacu elektrifikasi. Dalam definisi Volvo Cars, kedua-dua model tersebut merujuk kepada kenderaan yang menggunakan kabel pengecas sebagai bukti komitmen untuk mencapai sasaran kelestarian global dan emisi sifar menjelang 2040.

Pengarah Urusan VCM, Chris Wailes berkata;

Dengan pelancaran Volvo EX90 dan XC90 baharu, kami terus bergerak ke arah sasaran global untuk mencapai 90 hingga 100 peratus jualan kenderaan elektrifikasi sebelum akhir dekad ini. Tahun lalu, lebih 80 peratus jumlah jualan kami terdiri daripada model BEV dan PHEV."

"EX90 adalah tambahan menarik dalam portfolio BEV kami, direka khas buat pelanggan yang memerlukan lebih ruang, kemewahan, keselesaan, dan teknologi dalam sebuah SUV elektrik penuh. Sementara itu, XC90 baharu pula melengkapkan barisan '90' dengan memberi nafas baharu kepada SUV ikonik ini."

Pelanggan berminat dengan Volvo EX90 atau XC90 baharu boleh membuat pratempahan melalui pautan https://90-90.volvocarmalaysia.com. Maklumat lanjut mengenai barisan kenderaan elektrifikasi VCM boleh layari www.volvocars.com/my atau ikuti Volvo Car Malaysia di Facebook dan Instagram.

Volvo EX90

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda4 Tagged With: Auto Terkini, Kenderaan Elektrik (EV), Kenderaan Hibrid, Kenderaan Utiliti Sukan (SUV), SUV Premium 7-Kerusi, VOLVO Car Malaysia (VCM), Volvo EX90, Volvo XC90

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Mitsubishi Destinator 2026 Raih 5-Bintang Asean NCAP 2025!
    Mitsubishi Destinator 2026 Raih 5-Bintang Asean NCAP 2025!
  • Tempahan Proton Saga 2026 Serba Baharu Kini Dibuka, Harga Mula RM40k!
    Tempahan Proton Saga 2026 Serba Baharu Kini Dibuka, Harga Mula RM40k!
  • BYD Shark 6 Bakal Lancar di Malaysia? Trak Pikap Pertama Guna Petrol dengan Teknologi PHEV!
    BYD Shark 6 Bakal Lancar di Malaysia? Trak Pikap Pertama Guna Petrol dengan Teknologi PHEV!
  • #TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?
    #TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu Uji

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my