• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Pulau Pinang Sasar 600 unit EVCB Menjelang Akhir Tahun Ini

Pulau Pinang Sasar 600 unit EVCB Menjelang Akhir Tahun Ini

March 14, 2025 By Syafie Leave a Comment

FacebookTwitter


SEBANYAK 600 unit Stesen Cas Kenderaan Elektrik (EVCB) dijangka beroperasi di Pulau Pinang menjelang penghujung 2025, dengan 300 unit di kawasan Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) dan baki di kawasan Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP), kata Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perancangan Bandar dan Desa Negeri, Jason H'ng Mooi Lye.

MBPP menjalankan kajian untuk mengenal pasti lokasi EVCB di kawasan pulau dan disebabkan kekangan ruang, kawasan parkir kereta sedia ada seperti di kompleks MBPP dan kawasan parkir atas jalan akan digunakan bagi tujuan itu. EVCB pertama dirasmikan Mooi Lye di Gat Lebuh China dan Datuk Bandar MBPP, Datuk A Rajendran.

Selain itu, MBPP melaksanakan proses Permohonan untuk Cadangan (RFP) bagi pemasangan 52 unit pengecas EV di 26 lokasi di pulau seperti di Persiaran Karpal Singh, Jalan Concordia, dan Tanjung Bungah.

Pemasangan sudah pun selesai dan kini dalam proses penyambungan bekalan elektrik, dilakukan Tenaga Nasional Berhad (TNB), dengan operasi dijangka bermula bulan depan.

MBPP juga merancang melaksanakan fasa kedua RFP bagi pemasangan 50 unit EVCB tambahan di 27 lokasi menjelang Disember ini.

Pemasangan itu akan meningkatkan kemudahan cas kenderaan elektrik di seluruh negeri, termasuk kawasan komersial dan pusat beli-belah yang turut mengambil inisiatif menyediakan EVCB.

Terdapat 261 EVCB sudah disediakan sektor swasta di Pulau Pinang. Kerajaan Negeri akan terus menggalakkan pemaju kawasan komersial dan perumahan untuk turut menyediakan pengecas EV di lokasi disediakan Kerajaan.

SUMBER: MBPP

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Kenderaan Elektrik (EV) Tagged With: Auto Terkini, Kenderaan Elektrik (EV), Pulau Pinang, Stesen Cas Kenderaan Elektrik (EVCB)

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!
    Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!
  • Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!
    Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!
  • Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
    Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
  • BYD Seal U DM-i Hangat di UK, Jarak Pandu Lebih 1,200 km, Lebih 10 Ribu Terjual Dalam 10 Bulan
    BYD Seal U DM-i Hangat di UK, Jarak Pandu Lebih 1,200 km, Lebih 10 Ribu Terjual Dalam 10 Bulan

PANDU UJI

GAC Emkoo 2025

Media Malaysia Pandu Uji GAC Emkoo 2025 Menjelang Debut, Harga Mula Dijangka RM120k?

PENGEDAR sah jenama GAC Motor di Malaysia, WTC Automotif hari ini … [Baca Lagi...]

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev