• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Lima Pengeluar Lancar Kempen Promosi Raya kepada Pembeli Malaysia

Lima Pengeluar Lancar Kempen Promosi Raya kepada Pembeli Malaysia

March 14, 2025 By Syafie Leave a Comment

FacebookTwitter


MUSIM Aidilfitri kali ini menyaksikan pengeluar kenderaan menawarkan promosi menarik bernilai lebih RM30,000, sebagai usaha menarik minat pembeli tempatan.

Inisiatif itu dijangka mengukuhkan angka jualan kerana trend musim perayaan biasanya menunjukkan peningkatan tempahan kenderaan yang mana sudah mula dirasai sejak Februari lalu.

Presiden Persatuan Automotif Malaysia (MAA), Mohd Shamsor Mohd Zain menjelaskan, MAA menjangka jualan semakin meningkat sepanjang Mac ini berikutan sambutan Aidilfitri yang semakin hampir.

Seperti biasa, pengeluar dan pengedar akan mengambil kesempatan menawarkan kempen promosi khas bagi menarik pelanggan membuat tempahan dan mendapatkan kenderaan mereka sebelum menyambut Hari Raya.

Berikut promosi menarik ditawarkan beberapa pengeluar sempena musim perayaan Aidilfitri:

1. Edaran Tan Chong Motor Sdn Bhd (ETCM)

  • Raya Bersama Deals
    • Penjimatan hingga RM30,950
    • Rebat tunai hingga RM20,000
    • Ansuran tanpa faedah selama 12 bulan pertama
    • Penjimatan aksesori hingga RM10,950 untuk Nissan Navara 2.5L Turbo PRO-4X
    • Model Almera 1.0L Turbo menawarkan ansuran tanpa faedah selama 6 bulan pertama, rebat tunai hingga RM6,000, penjimatan aksesori hingga RM9,800, dan penyelenggaraan percuma bernilai RM1,850

2. UMW Toyota Motor Sdn Bhd (UMWT)

  • Penjimatan hingga RM9,500
  • Ansuran bulanan serendah RM658
  • Rebat tunai:
    • RM7,000 untuk Toyota Vios
    • RM6,000 untuk Toyota Hilux
    • RM4,000 untuk Toyota Corolla Cross Hybrid Electric
    • RM2,000 untuk Toyota Corolla Cross
  • Program Toyota Service Savers dengan penyelenggaraan bermula RM33 sebulan

 3. Proton

  • Kempen Buka Lembaran Baharu
    • Ganjaran sehingga RM15,000
    • Duit raya hingga RM10,000
    • Nilai tukar beli ekstra sehingga RM5,000
  • Model Proton Saga, Persona, dan Iriz, menawarkan ganjaran hingga RM1,800
  • Duit raya hingga RM1,000 dan nilai tukar beli ekstra hingga RM800

4. Perodua

  • Raya Rebate Raya
    • RM1,000 untuk Perodua Ativa
    • RM2,500 untuk Perodua Aruz
  • Tawaran sah sepanjang Mac

5. MG Motor Malaysia

  • MG Raya Lebih Gaya
    • Model MG5 dengan rebat tunai RM10,000 dan ansuran serendah RM860
    • Model kenderaan elektrik (EV)menawarkan:
      • Ansuran percuma hingga 20 bulan untuk MG ZS EV, MG4 EV Lux, dan MG4 EV Standard
      • Nilai ansuran percuma: RM26,000, RM16,000, dan RM8,500

Promosi ini berlangsung sepanjang Mac, dengan beberapa tawaran sah hingga 31 Mac 2025.

SUMBER: BeritaHarian

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, Hari Raya Aidilfitri 2025, Promosi Jualan Hari Raya, Promosi Raya 2025

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
    #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
  • #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
    #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev