• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Puspakom Wangsa Maju Lanjut Operasi Hingga Jun 2026

Puspakom Wangsa Maju Lanjut Operasi Hingga Jun 2026

March 11, 2025 By Syafie Leave a Comment

FacebookTwitter


KEMENTERIAN Pengangkutan (MOT) mengumumkan tempoh pengoperasian Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (Puspakom) Wangsa Maju akan dilanjutkan setahun lagi.

Sebelumnya, Puspakom Wangsa Maju dijadualkan ditutup dan dipindahkan ke Bukit Beruntung bermula Jun ini. Namun, Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook mengesahkan keputusan itu sudah dipinda kerana fasiliti baharu di Bukit Beruntung masih belum siap sepenuhnya.

Loke menjelaskan, Puspakom Wangsa Maju akan beroperasi hingga 30 Jun 2026 sebagai langkah sementara hingga fasiliti baharu di Bukit Beruntung siap.

Beliau menegaskan pemindahan itu akan dilakukan hanya apabila terdapat tempat lain yang mampu menggantikan fungsi Puspakom Wangsa Maju tanpa memerlukan kehadiran cawangan tersebut di lokasi asal.

Loke juga memberi penjelasan mengenai lokasi Puspakom Wangsa Maju yang tidak lagi sesuai untuk pengoperasiannya. Menurutnya, premis Puspakom tersebut terletak berhampiran kawasan sekolah yang menyebabkan kesesakan lalu lintas, terutama ketika kenderaan berat mula beratur sejak awal pagi.

Situasi itu mengganggu kelancaran laluan yang sempit, dan menyukarkan ibu bapa, termasuk guru yang menghantar anak ke sekolah.

Loke menyatakan ada menerima aduan ibu bapa dan guru yang menghadapi kesukaran tiba tepat masa ke sekolah disebabkan kesesakan jalan yang berlaku setiap hari. Situasi itu semakin memburuk apabila lori besar mula beratur lebih awal untuk menjalani pemeriksaan di Puspakom yang menyebabkan jalan menjadi lebih sesak hingga mengganggu lalu lintas.

Sebagai langkah penyelesaian, pihaknya memutuskan memindahkan operasi Puspakom ke Bukit Beruntung yang dianggap lebih sesuai dan mampu mengurangkan kesesakan. Lokasi baharu itu juga diharapkan dapat memberikan lebih banyak ruang dan akses lebih baik kepada semua pihak terlibat.

SUMBER: BeritaHarian

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Anthony Loke Siew Fook, Auto Terkini, Kementerian Pengangkutan (MOT), PUSPAKOM, Puspakom Wangsa Maju

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Perbandingan: Proton X50 2026 Varian Executive, Premium dan Flagship, Mana Paling Berbaloi?
    Perbandingan: Proton X50 2026 Varian Executive, Premium dan Flagship, Mana Paling Berbaloi?
  • Kenapa Proton X50 2025 Nampak Lagi SPORT Berbanding Sebelum Ini?
    Kenapa Proton X50 2025 Nampak Lagi SPORT Berbanding Sebelum Ini?
  • Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
    Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
  • Surau MADANI R&R Seremban Jadi R&R Pertama Malaysia Dibenarkan Solat Jumaat!
    Surau MADANI R&R Seremban Jadi R&R Pertama Malaysia Dibenarkan Solat Jumaat!

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev