• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / KAMAX Cub X 150 Bakal Masuk Malaysia Suku Ketiga 2025

KAMAX Cub X 150 Bakal Masuk Malaysia Suku Ketiga 2025

March 10, 2025 By Shawkath Leave a Comment

FacebookTwitter


KTNS Holdings akan meluaskan tawaran siri kapcai jenama KAMAX dengan pelancaran varian terbaharu Cub X pada suku ketiga 2025.

KAMAX ialah jenama motosikal keluaran KAMAX Group di China, dan pengumuman ketibaan model baharu itu dibuat ketika lawatan media permotoran ke ibu pejabat pengeluar tersebut di Chongqing, barat daya China.

Pada Oktober lalu, KTNS Holdings melancarkan kapcai KAMAX Super Cub Pro pada harga RM8,888 tidak termasuk insurans dan cukai jalan, ke pasaran Malaysia.

KAMAX Cub X versi pemasangan tempatan (CKD) pula akan dilancarkan ke pasaran Malaysia sekitar Ogos atau September nanti, tetapi tiada pengumuman harga dibuat setakat ini.

Berikut perincian KAMAX Cub X:

  • Dijana enjin 4-lejang silinder tunggal 147.5cc penyejukan udara dengan suntikan bahan api (FI).
  • Output kuasa 9.11hp @ 7,500rpm dan tork 10.5Nm @ 5,000rpm
  • Transmisi klac automatik 4-kelajuan dengan pacuan rantai.
  • Menggunakan sistem penghidup butang elektrik.
  • Sistem suspensi fork teleskopik konvensional (depan) dan dwi-absober (belakang).
  • Sistem brek cakera tunggal di depan dan belakang serrta dilengkapi Sistem Brek Anti-Kunci (ABS).
  • Rim jejari 17 inci dengan tayar tiubles 80/100 di depan dan belakang.
  • Menggunakan sistem kunci pintar dan panel meter LCD digital.
  • Lampu utama LED bentuk bujur, manakala lampu belakang dan signal belok bentuk bersegi.
  • Ada ruang simpanan barang di sisi dengan butang buka bawah pelana.
  • Di China, ada opsyen Sistem Pemantau Tekanan Angin Tayar (TPMS) dan Sistem Brek Kombi (CBS).
  • Dimensi panjang 1,930mm, lebar 720mm dan tinggi 1,000mm, manakala jarak roda 1,245mm.
  • Jarak tinggi bumi 125mm, dan berat motosikal 110kg.
  • Kapasiti tangki minyak 3.8 liter.

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda2 Tagged With: Kamax Cub x, KAMAX Cub X 150, Kapcai, KTNS Holdings, Moped, roda2

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
    Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
  • General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
    General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
  • Kymco AK550 Premium Kini CKD,  Harga Lebih Murah di Malaysia
    Kymco AK550 Premium Kini CKD, Harga Lebih Murah di Malaysia
  • Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460
    Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460

Pandu Uji

#PanduUji: Inilah Cara Menang Cabaran Pandu Proton e.MAS 5 Paling Jimat, Hanya 9.6kW/100km!

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my