• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Rapid Penang Perluas Perkhidmatan Van On-Demand

Rapid Penang Perluas Perkhidmatan Van On-Demand

March 10, 2025 By Syafie Leave a Comment

20
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


PERKHIDMATAN bas Rapid Penang On-Demand akan diperluas bermula 15 Mac ini dengan tiga laluan baharu dan dua van tambahan untuk laluan sedia ada bagi memenuhi permintaan pengangkutan awam yang semakin tinggi.

Rapid Bus Sdn Bhd mengumumkan tiga laluan baharu, iaitu T110B (Gurney-Tanjung Bungah) dan T710B (Sunway-Butterworth), yang masing-masing dengan enam van, dan T211B (Paya Terubong) dengan satu van.

Selain itu, laluan sedia ada T210B (Farlim-Air Itam) akan ditambah dua van, menjadikan jumlah keseluruhan empat van.

Rapid Bus juga merancang menambah 50 unit van secara berperingkat sepanjang tahun ini bagi meningkatkan fleksibiliti dan efisiensi pengangkutan awam. Dengan penambahbaikan itu, masa menunggu laluan T210B dijangka berkurangan daripada 17 minit kepada 10 minit berikutan permintaan tinggi dengan purata penumpang harian mencapai 137 orang.

Rapid Penang On-Demand beroperasi setiap hari bermula jam 6 pagi hingga 11 malam dan boleh ditempah melalui aplikasi Kummute dengan tambang promosi RM1 setiap perjalanan.

Sistem pembayaran tanpa tunai akan diperkenalkan pada 13 Mac ini untuk laluan sedia ada, dan 15 Mac untuk laluan baharu, termasuk Pas Mutiara My50, Pas OKU Smile, kad debit/kredit, DuitNow QR, dan e-dompet.

Maklumat lanjut boleh layari laman media sosial rasmi Rapid Penang atau di www.myrapid.com.my.

SUMBER: SinarHarian

Related

20
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, Perkhidmatan Van, Rapid Penang, Rapid Penang On-Demand

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Chery Malaysia Tawar Rebat hingga RM16,888 Sempena Tahun Baharu Cina!
    Chery Malaysia Tawar Rebat hingga RM16,888 Sempena Tahun Baharu Cina!
  • Lambretta Malaysia Umum Pelan 2026, Sasar Perluasa Rangkaian Nasional
    Lambretta Malaysia Umum Pelan 2026, Sasar Perluasa Rangkaian Nasional
  • Kia EV2 dengan Jarak Lebih 440km, EV Kompak Saiz Macam Ativa!
    Kia EV2 dengan Jarak Lebih 440km, EV Kompak Saiz Macam Ativa!
  • Yamaha Ego Avantiz 2026 Diperkenal dengan Pilihan Warna Lebih Segar
    Yamaha Ego Avantiz 2026 Diperkenal dengan Pilihan Warna Lebih Segar

Pandu Uji

Cabaran pandu uji Chery Tiggo PHEV sejauh 1,200km

#PanduUji: Chery Tiggo 8 PHEV, Tiggo 7 PHEV Langsai 1,200km Setangki Minyak Penuh!

#PanduUji: Inilah Cara Menang Cabaran Pandu Proton e.MAS 5 Paling Jimat, Hanya 9.6kW/100km!

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my