• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / Inilah Masanya, Faedah Serendah 0.8 Peratus untuk Miliki Jaecoo J7! Siap Servis Percuma Dua Tahun!

Inilah Masanya, Faedah Serendah 0.8 Peratus untuk Miliki Jaecoo J7! Siap Servis Percuma Dua Tahun!

March 10, 2025 By Azhan O Leave a Comment

216
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


JIKA anda mengidam sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) mewah dengan teknologi terkini, inilah masa terbaik memiliki Jaecoo J7!

Sebagai SUV yang menampilkan rekabentuk elegan, dan teknologi moden, Jaecoo J7 bukan hanya SUV biasa, tetapi gaya hidup moden yang mengutamakan keselesaan, kuasa, dan kecekapan.

Ya, anda kini boleh memiliki Jaecoo J7 2WD dengan kadar faedah serendah 0.8 peratus sahaja! Malah, setiap pembelian dipakejkan dengan dua tahun servis percuma dan penyelenggaraan atau hingga 40,000km perbatuan*.

Ini bermakna anda boleh menikmati pengalaman pemanduan tanpa perlu bimbang mengenai kos penyelenggaraan sepanjang tempoh berkenaan.

Tetapi jangan tunggu terlalu lama! Tawaran istimewa ini hanya sah hingga 30 April 2025. Jadi, ambillah peluang ini untuk memiliki Jaecoo J7 dengan manfaat maksimum!

Apa Padu Pasal Jaecoo J7 2WD?

Jaecoo J7 2wD menampilkan rekabentuk maskulin dengan gril depan unik dengan lampu LED moden. Ini menyerlahkan profil SUV itu yang bukan saja kelihatan premium, tetapi turut menawarkan prestasi luar biasa dalam teknologi pacuan dua roda (2WD) selain memberikan keseimbangan antara kuasa dan kecekapan bahan api.

Berikut berapa ciri utama Jaecoo J7:

  • Rekabentuk Premium: Kombinasi gaya moden dengan kemasan mewah memberikan kehadiran mengagumkan di jalan raya.
  • Prestasi Mengagumkan: Dilengkapi sistem pacuan 2WD yang sesuai untuk perjalanan harian, terutama pemanduan bandar.
  • Enjin Berkuasa dan Cekap: Jaecoo J7 dilengkapi enjin 1.6L turbo suntikan terus (TDI) yang dipadankan transmisi automatik dual-klac (DCT) 7-kelajuan dengan output kuasa 197ps dan tork 290Nm untuk pemanduan lancar dan responsif, sambil mengekalkan kecekapan bahan api tinggi.
  • Ruang Dalaman Luas: Kabin direka teliti untuk keselesaan pemandu dan penumpang, serta dilengkapi unit infotainmen skrin sentuh teknologi terkini bersaiz 13.2 inci berserta pengecas wayarles 50W.
  • Sistem Keselamatan Pintar: Dilengkapi ciri keselamatan terkini seperti Amaran Perlanggaran Depan (FCW), Kawalan Jelajah Adaptif (ACC), Bantuan Kekal Lorong (LKA) dan kamera panoramik 540º untuk pengalaman pemanduan lebih selamat.

Inilah Masa Terbaik Bertukar kepada SUV Mewah

Jaecoo J7 bukan sekadar SUV biasa. Model ini direka untuk memenuhi keperluan gaya hidup moden menerusi gabungan kecekapan, teknologi pintar, dan kemewahan dalam satu pakej. Dengan tawaran promosi eksklusif ini, anda bukan saja boleh memiliki sebuah SUV prestasi tinggi, tetapi juga menikmati penjimatan besar dari segi kadar faedah dan penyelenggaraan.

Kunjungi bilik pameran berhampiran, atau hubungi wakil jualan Jaecoo untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai promosi ini. Tempoh tawaran sah hingga 30 April 2025, jadi bertindak sekarang sebelum terlambat!

Jangan lupa juga tempah sesi pandu uji Jaecoo J7  di SINI untuk rasai sendiri SUV istimewa ini.

* Terma & Syarat dikenakan. Promosi hanya sah untuk Jaecoo J7 2WD

Related

216
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda4 Tagged With: Auto Terkini, Jaecoo, JAECOO J7, JAECOO Malaysia, Kenderaan Utiliti Sukan (SUV)

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • MForce Bike Lancar QJMotor AX200s 2025 untuk Pasaran Malaysia, Harga RM7.9k!
    MForce Bike Lancar QJMotor AX200s 2025 untuk Pasaran Malaysia, Harga RM7.9k!
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
  • SYM ADXTG400 2025 Lancar di Malaysia, Harga RM29.8k!
    SYM ADXTG400 2025 Lancar di Malaysia, Harga RM29.8k!

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev