• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / Bugatti Baby II Ini Cuma Ada Seunit Sahaja dalam Warna Kuning, dan Lakaran Tangan Atas Badan

Bugatti Baby II Ini Cuma Ada Seunit Sahaja dalam Warna Kuning, dan Lakaran Tangan Atas Badan

March 4, 2025 By Abang Hirata Leave a Comment

FacebookTwitter


RUPANYA The Little Car Company yang menghasilkan model skala Bugatti Baby II bersama Bugatti sudah bertukar kepada Hedley Studios.

Kedua-dua syarikat itu kembali bekerjsama dan kali ini dengan projek khas Baby II yang unik kerana dibuat seunit sahaja. Bugatti Baby II ialah model skala 3:4 dikuasakan elektrik berasaskan Bugatti Type 35, iaitu jentera lumba paling berjaya dalam sejarah, dengan pengeluaran dihadkan 500 unit sahaja.

Sekiranya berminat memiliki Bugatti, ada seorang individu yang patut anda kenali. Sebagai pakar dalam rekabentuk eksklusif Bugatti, Jascha Straub (foto atas) sebagai Pengurus Sur Mesure dan Individualisation sudah membantu ramai pemilik Bugatti mendapatkan rekabentuk unik yang sesuai dengan cita rasa.

Bagi projek terbaharu, Hedley Studios bekerjasama dengan Bugatti dan Straub untuk edisi khas Bugatti Baby II yang dihiasi warna dwi-tona Nocturne (hitam) dan Giallo Midas (kuning), iaitu warna kegemaran pengasas Bugatti, Ettore Bugatti.

Rekabentuk dalaman turut mencerminkan kemewahan Bugatti dengab kemasan kulit hitam premium daripada Bridge of Weir. Baby II bukan sekadar kereta koleksi, tetapi karya seni yang boleh dipandu.

Selain warna, Baby II juga ada elemen khas sebagai tribut kepada minat Ettore terhadap kuda lumba Pur Sang.

Straub turut menunjukkan bakat dengan melakar ibu pejabat Bugatti, Château Saint Jean dan Type 35 pada badan kereta yang dilapisi pelindung khas.

Harga tidak dinyatakan atau mungkin tidak dijual, tetapi model asas Bugatti Baby II bermula €30,000 (RM141,270).

Spesifikasi Bugatti Baby II

  • Output Kuasa: Hingga 10kW
  • Dimensi: panjang 2,760mm, lebar 990mm, dan tinggi 780mm
  • Berat: Lebih kurang 260kg
  • Kapasiti Bateri: 2.8kWj
  • Kelajuan Maksimum: Hingga 64kmj (bergantung peraturan tempatan)
  • Mod Pandu: Novice, Expert, dan Speed Key (untuk prestasi maksimum)
  • Masa Pengecasan: Lebih kurang 4-5 jam
Bugatti Baby II - Jascha Straub.11
Bugatti Baby II - Jascha Straub.10
Bugatti Baby II - Jascha Straub.09
Bugatti Baby II - Jascha Straub.08
Bugatti Baby II - Jascha Straub.07
Bugatti Baby II - Jascha Straub.06
Bugatti Baby II - Jascha Straub.05
Bugatti Baby II - Jascha Straub.04
Bugatti Baby II - Jascha Straub.03
Bugatti Baby II - Jascha Straub.02
Bugatti Baby II - Jascha Straub.01

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Roda4 Tagged With: Bugatti, Bugatti Baby II, Bugatti Baby II Unik, Roda4

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • MForce Bike Lancar QJMotor AX200s 2025 untuk Pasaran Malaysia, Harga RM7.9k!
    MForce Bike Lancar QJMotor AX200s 2025 untuk Pasaran Malaysia, Harga RM7.9k!
  • Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Sekitar Lembah Klang Tutup Sempena Sidang Kemuncak ASEAN
    Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Sekitar Lembah Klang Tutup Sempena Sidang Kemuncak ASEAN
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • Charge+, EV Edaran Lancar Hab Pengecasan EV Terbesar di Ayer Keroh, Melaka
    Charge+, EV Edaran Lancar Hab Pengecasan EV Terbesar di Ayer Keroh, Melaka

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev