• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / Giliran Kia Pula Dedah Foto Rasmi Stonic (2018), Bikin Peminat SUV Rambang Mata

Giliran Kia Pula Dedah Foto Rasmi Stonic (2018), Bikin Peminat SUV Rambang Mata

June 20, 2017 By Han Othman 1 Comment

173
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


SEPERTI diduga, tidak lama selepas syarikat induknya, Hyundai mendedahkan foto rasmi crossover subkompak pertama, Kona, kini giliran Kia pula melakukan perkara sama apabila mengeluarkan imej grafik pertama Stonic.

Apa yang unik mengenai Kia dan Hyundai ialah kedua-dua pengeluar itu tiada masalah bersaing dengan model-model yang berada dalam segmen sama seperti (Kia) Stonic dan (Hyundai) Kona walaupun Kia diketahui umum ialah subsidiari kepada Hyundai.

BACA >>> Kia Tunjuk Lakaran SUV Segmen-B, Stonic - Mampukah Gugat Honda HR-V?

Melihat Stonic, karakter ditampilkan menerusi rekabentuk depan nyata berbeza berbanding Kona yang agak radikal. Sebaliknya, rekaan Stonic lebih minimalis dan seiring dengan trend SUV masa kini. Tidak dilupakan ciri signatur Kia. Apa lagi kalau bukan gril hidung harimau (tiger nose)! Bagaimanapun, ada beberapa elemen serupa yang dikongsi kedua-dua model itu, iaitu opsyen custom seperti skema dua-tona dengan warna bumbung berbeza, di mana Kia menambah ekstra personaliti menerusi penutup cermin sisi.

DALAMAN BERBEZA, TERSENDIRI

Kia-Stonic-PanduLaju-14
Kia-Stonic-PanduLaju-8

Selain luaran, rekabentuk dalaman juga berbeza. Setiap kereta akan mendapat sentuhan trim dan papan pemuka berbeza. Juga terdapat percikan aksen jingga sekitar konsol tengah untuk lebih mood sporty. Perincian rasmi belum didedahkan, tetapi dimensi Stonic diramalkan menyamai Kona, iaitu panjang 4,165mm, lebar (1,800mm) dan tinggi (1,550mm) dengan jarak roda (2,600mm).

Stonic juga menawarkan ciri infotainment terkini seperti Android Auto dan Apple CarPlay. Khabarnya, kedua-duanya dijadikan ciri standard.

BACA >>> Hyundai Kona (2018) Perkenal Ciri Teknologi Termaju dalam Kelas SUV Segmen-B

Begitu juga spesifikasi enjin yang serupa dengan Hyundai dan dijangka menampilkan opsyen pacuan semua roda (AWD), manakala varian enjin terdiri daripada 2.0-liter (147hp) dan 1.6-liter turbo (175hp). Pasaran luar Amerika pula bakal menerima enjin 1.0L T-GDI pengecas turbo 3-silinder petrol dan 1.6L diesel.

Kia Stonic akan melakukan debut umum pada Pameran Motor Antarabangsa Frankfurt 2017, September ini.

GALERI

Kia-Stonic-PanduLaju-2
Kia-Stonic-PanduLaju-4
Kia-Stonic-PanduLaju-6
Kia-Stonic-PanduLaju-12
Kia-Stonic-PanduLaju-10
Kia-Stonic-PanduLaju-8
Kia-Stonic-PanduLaju-14
Kia-Stonic-PanduLaju-1
Kia-Stonic-PanduLaju-3
Kia-Stonic-PanduLaju-5
Kia-Stonic-PanduLaju-11
Kia-Stonic-PanduLaju-9
Kia-Stonic-PanduLaju-7
Kia-Stonic-PanduLaju-13

SUMBER: Car Scoops

Related

173
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda4 Tagged With: Crossover, imej Kia Stonic, Kenderaan Utiliti Sukan (SUV), Kia, Kia Stonic, Roda4, SUV

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Sportbike QJMotor SRK250R 2025 Lancar di Malaysia, Harga Promosi RM9,988!
    Sportbike QJMotor SRK250R 2025 Lancar di Malaysia, Harga Promosi RM9,988!
  • Honda GB350 C 2026 - Motosikal Gaya Klasik untuk Pasaran Jepun, Harga RM20.5k
    Honda GB350 C 2026 - Motosikal Gaya Klasik untuk Pasaran Jepun, Harga RM20.5k
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • #SembangDeras: RXZ Members Buang Masa, atau Kita Bias?
    #SembangDeras: RXZ Members Buang Masa, atau Kita Bias?

PANDU UJI

GAC Emkoo 2025

Media Malaysia Pandu Uji GAC Emkoo 2025 Menjelang Debut, Harga Mula Dijangka RM120k?

PENGEDAR sah jenama GAC Motor di Malaysia, WTC Automotif hari ini … [Baca Lagi...]

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev