PELUMBA Ducati, Marc Marquez membuktikan diri sebagai pesaing utama dalam Kejuaraan Dunia MotoGP 2025 apabila meraih kemenangan dalam perlumbaan pembuka tirai GP Thailand yang berlangsung 28 Februari hingga 2 Mac 2025.
Bermula di petak pertama memudahkan Marquez mendominasi pusingan awal perlumbaan sebelum mendapat cabaran sengit adiknya, Alex Marquez (Gresini Ducati), dan menamatkan saingan dramatik di Litar Antarabangsa Buriram.
Dalam perlumbaan itu, Alex (foto atas kanan) memberikan tentangan hebat dengan memintas abangnya, tetapi Marquez dapat kembali mendahului pada tiga pusingan terakhir untuk menjuarai perlumbaan tersebut
Rakan sepasukan Marquez, Francesco Bagnaia pula menamatkan perlumbaan di tempat ketiga, manakala Franco Morbidelli (VR46) di tempat keempat.
Dengan kemenangan tersebut, Marquez kini meraih tiga kemenangan di GP Thailand selepas menjuarai perlumbaan pada 2018 dan 2019 bersama pasukan Repsol Honda, serta kemenangan terbaharu bersama Ducati.
Kemenangan ini juga menandakan kebangkitan Marquez selepas menyertai pasukan utama Ducati musim ini susulan prestasi cemerlang ditunjukkan ketika bersama pasukan satelit Gresini musim lalu.
Berikut ranking lima teratas pelumba MotoGP 2025 setakat ini:
- Marc Marquez (Ducati Lenovo Team): 25 poin
- Alex Marquez (BK8 Gresini Racing MotoGP): 20 poin
- Francesco Bagnaia (Ducati Lenovo Team): 16 poin
- Franco Morbidelli (Pertamina Enduro VR46 Racing Team): 13 poin
- Ai Ogura (Trackhouse MotoGP Team): 11 poin
Leave a Reply