• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Honda Malaysia Rancang Perkenal Tiga Model Baharu 2025

Honda Malaysia Rancang Perkenal Tiga Model Baharu 2025

February 28, 2025 By Shawkath Leave a Comment

FacebookTwitter


HONDA Malaysia merancang memperkenalkan tiga model baharu tahun ini sebagai usaha membantu mencatat sasaran jualan 83,000 unit kenderaan.

Seandainya rekod jualan itu dicapai, ini bermaksud Honda Malaysia dapat menguasai penguasaan pasaran 10.6 peratus.

Berdasarkan maklumat diterima, Honda Civic 2025 facelift yang dilancarkan awal Januari tahun ini ialah model pertama dan bakal disusuli dengan kenderaan utiliti sukan (SUV) Honda e:N1 yang pernah ditayangkan di Pameran Motor Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIMS) 2024.

Bagaimanapun, belum ada maklumat rasmi mengenai model ketiga yang bakal dilancarkan kelak, tetapi ada kemungkinan sebuah SUV baharu.

HALA TUJU HONDA MALAYSIA 2025

Honda Malaysia menyatakan, trenkuasa enjin pembakaran dalam (ICE) dan teknologi hibrid e:HEV masih relevan di pasaran tempatan.

Keyakinan itu disandarkan kepada sambutan pengguna terhadap model e:HEV Honda yang mencatat hampir 30 peratus daripada jumlah jualan keseluruhan hibrid tempatan tahun lalu.

Selain itu, keputusan Kerajaan melaksanakan pensasaran subsidi untuk petrol RON95 pertengahan tahun ini dijangka membuatkan trenkuasa hibrid dan petrol Honda kekal relevan.

Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Honda Malaysia, Hironobu Yoshimura berkata;

Selaras hala tuju perniagaan syarikat untuk 2025, kami akan memperkenalkan BEV pertama Honda Malaysia, e:N1 sebagai pemangkin kepada pasaran.

"Model ini juga memperkenalkan teknologi EV (kenderaan elektrik penuh) pertama syarikat di Malaysia.

"Honda e:N1 menawarkan keunikan tersendiri yang diyakini mampu menarik perhatian pelanggan didukung kepakaran Honda dan rangkaian selepas jualan yang luas.”

TIGA MODEL BEV DALAM TIGA TAHUN

  • 2025 akan menjadi tahun pertama yang menyaksikan Honda Malaysia menawarkan produk BEV pertama.
  • BEV dilihat sebagai strategi perniagaan baharu Honda Malaysia yang seiring pendekatan elektrifikasi Honda peringkat global.

APA LAGI MISI HONDA MALAYSIA?

  • Honda Malaysia akan terus meningkatkan kualiti perkhidmatan jualan dan khidmat selepas jualan.
  • Buat masa ini, Honda Malaysia sudah memiliki 104 pengedar seluruh negara yang disokong tenaga kerja mahir dan profesional.
  • Fokus pendigitalan akan diteruskan untuk menambah baik pengalaman khidmat selepas jualan menerusi platform HondaTouch.
  • HondaTouch sudah merekodkan lebih 430,000 pengguna aktif.

PENCAPAIAN HONDA MALAYSIA 2024

  • Honda Malaysia mencatat jualan 81,600 unit kenderaan dengan menguasai 10 peratus pasaran tempatan.
  • Pencapaian itu membantu mengukuhkan kedudukan Honda Malaysia sebagai jenama nombor satu dalam kategori kenderaan penumpang bukan nasional selama 11 tahun berturut-turut.
  • Tiga model paling laris Honda Malaysia ialah:
    • HR-V: 26 peratus
    • City: 25 peratus
    • CR-V: 14 peratus
Honda Malaysia 2025 - 1
Honda Malaysia 2025 - 11
Honda Malaysia 2025 - 12
Honda Malaysia 2025 - 13
Honda Malaysia 2025 - 7
Honda Malaysia 2025 - 8
Honda Malaysia 2025 - 9
Honda Malaysia 2025 - 14
Honda Malaysia 2025 - 15
Honda Malaysia 2025 - 16
Honda Malaysia 2025 - 17
Honda Malaysia 2025 - 10
Honda Malaysia 2025 - 2
Honda Malaysia 2025 - 3
Honda Malaysia 2025 - 4
Honda Malaysia 2025 - 5
Honda Malaysia 2025 - 6

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda4 Tagged With: Auto Terkini, Hironobu Yoshimura, Honda e:N1, Honda Malaysia, Prestasi Honda Malaysia 2024, Roda4

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #SembangDeras: Sistem Bayaran Tol Digital Masih Kucar-Kacir, Sampai Bila Nak Tunggu Seragam?
    #SembangDeras: Sistem Bayaran Tol Digital Masih Kucar-Kacir, Sampai Bila Nak Tunggu Seragam?
  • Yamaha NVX 2025 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga Mula RM11k!
    Yamaha NVX 2025 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga Mula RM11k!
  • Beli Denza D9 Dapat Pakej Eksklusif Bernilai RM5k, Tawaran Sah Sepanjang September Ini!
    Beli Denza D9 Dapat Pakej Eksklusif Bernilai RM5k, Tawaran Sah Sepanjang September Ini!
  • #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)

PANDU UJI

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

Pandu uji Mazda CX-60 dari Mazda Glenmarie ke TUI BLUE The Haven, Ipoh

#PanduUji: Lenjan Mazda CX-60 dari Glenmarie ke Ipoh, SUV Cita Rasa Premium Jepun Tulen

BERMAZ Motor baru saja melancarkan kenderaan utiliti sukan (SUV) saiz … [Baca Lagi...]

GAC Emkoo 2025

Media Malaysia Pandu Uji GAC Emkoo 2025 Menjelang Debut, Harga Mula Dijangka RM120k?

PENGEDAR sah jenama GAC Motor di Malaysia, WTC Automotif hari ini … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev