• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / Jaecoo J7 PHEV 2025 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM158.8k

Jaecoo J7 PHEV 2025 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM158.8k

February 28, 2025 By Syafie Leave a Comment

56
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


SEBAGAI pencabar baharu dalam segmen kenderaan utiliti sukan (SUV) premium di Malaysia, Jaecoo J7 PHEV kini rasmi dilancarkan untuk pasaran tempatan pada harga RM158,800.

SUV segmen-C itu didatangkan dalam tiga pilihan warna: Khaki White (putih), Carbon Crystal Black (hitam), dan Moonlight Silver (perak). Bagaimanapun, Khaki White ialah warna edisi terhad dan tersedia untuk 100 unit sahaja. Kemudian, warna tersebut akan digantikan dengan Olive Grey (kelabu).

Sistem hibrid digunakan terbahagi kepada tiga teras utama iaitu:

  • Enjin petrol 1.5L turbo suntikan terus (TDGi DHE) (generasi ke-5 Jaecoo).
    • Output kuasa 140hp @ 5,200rpm, dan tork 215Nm @ 2,500rpm, manakala kuasa motor elektrik 150kW (201hp) @ 6,300rpm, dan tork 310Nm @ 4,775rpm.
    • Mod pemanduan: Normal, Sport dan Eco.
    • Kelajuan maksimum 180kmj.
  • Transmisi hibrid Super Hybrid Electric DHT kelajuan tunggal Jaecoo.
    • Menggunakan sistem kelajuan tunggal yang boleh dipandu seperti kenderaan elektrik pada halaju rendah.
    • Pecutan 0-100kmj sepantas 8.5 saat dengan klac elektromagnetik.
  • Pek bateri voltan tinggi (HV) 18.3kWj jenis 106 sel litium-besi-fosfat (LFP) dengan jarak penggunaan hingga sejuta kilometer dan kalis tusukan serta perlanggaran.

Spesifikasi lengkap Jaecoo J7 PHEV:

  • Bateri rating IP68 yang kalis air dan habuk.
  • Pengecasan pantas (DC) 40kW untuk 30-80 peratus mengambil masa 20 minit.
  • Pengecasan standard (AC) 6.6kW untuk 0-100 peratus mengambil masa dalam kurang empat jam.
  • Jarak perjalanan hingga 1,300km (mengikut ujian NEDC) dengan satu tangki penuh dan satu cas.
  • Jarak elektrik penuh 106km, manakala penggunaan bahan api serendah 4.77 liter per 100km.
  • Dilengkapi set rim Aero 19 inci, cermin sisi aero, dan penutup Tonneau Pawagam.
  • Fungsi Vehicle to Load (V2L) 3.3kW untuk menayangkan filem atau acara sukan.
  • Sistem suspensi strut MacPherson di depan dan Multilink (belakang).
  • Sistem brek cakera ventilasi di depan dan cakera solid (belakang).
  • Tayar 235/50/R19 depan dan belakang.
  • Rekaan kabin moden dengan pedal syif pada stereng.
  • Ciri keselamatan ADAS Tahap 2.5, termasuk lapan beg udara standard, Pemantau Pemandu, Elak Keluar Lorong, dan Kawalan Halaju Adaptif.

Tempahan atau pembelian yang dibuat sebelum 3 Mac 2025 akan diberikan waranti kenderaan 10 tahun atau jarak perbatuan 1,000,000km (mana satu tiba dulu), dan pengecas V2L percuma.

Setiap pembelian juga diberikan waranti enjin tujuh tahun atau jarak perbatuan 150,000km (mana satu tiba dulu) dan waranti bateri lapan tahun atau jarak perbatuan 160,000km (mana satu tiba dulu).

Maklumat lanjut boleh layari www.jaecoo.com.my dan semua media sosial Jaecoo Malaysia.

Related

56
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda4 Tagged With: Auto Terkini, Jaecoo, JAECOO J7 PHEV, Kenderaan Hibrid, Kenderaan Utiliti Sukan (SUV), Roda4, SUV PHEV, SUV Segmen-C

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Honda Forza 125 2026 Perkenal Warna Baharu, Edisi Khas di Eropah
    Honda Forza 125 2026 Perkenal Warna Baharu, Edisi Khas di Eropah
  • Morbidelli C252V 2025 - Cruiser 250cc dengan Enjin V-Twin!
    Morbidelli C252V 2025 - Cruiser 250cc dengan Enjin V-Twin!
  • Proton Saga Serba Baharu Catat 10,000 Tempahan Dalam 5 Hari, Satu Setiap 43 Saat!
    Proton Saga Serba Baharu Catat 10,000 Tempahan Dalam 5 Hari, Satu Setiap 43 Saat!
  • MBSA Mula Tunda Kenderaan Terbiar Januari 2026
    MBSA Mula Tunda Kenderaan Terbiar Januari 2026

Pandu Uji

#PanduUji: Inilah Cara Menang Cabaran Pandu Proton e.MAS 5 Paling Jimat, Hanya 9.6kW/100km!

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my