• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Subsidi Bersasar Petrol RON95 Bantu EV Lebih Laris?

Subsidi Bersasar Petrol RON95 Bantu EV Lebih Laris?

February 27, 2025 By Shawkath Leave a Comment

FacebookTwitter


KERAJAAN menjangka sekurang-kurangnya 400,000 unit kenderaan jenis kuasa elektrik (xEV) akan berada atas jalan raya Malaysia menjelang 2030, termasuk kenderaan penumpang dan perdagangan.

Jangkaan itu dibuat dengan merujuk trend pencapaian 2023 dan 2024. Tahun lalu, 5.42 peratus atau 46,239 unit kenderaan didaftarkan adalah jenis xEV, meningkat 30.4 peratus berbanding prestasi 2023.

Sebagai makluman, xEV merangkumi kenderaan hibrid, hibrid plug-in (PHEV), kenderaan elektrik berasaskan bateri (BEV) dan kenderaan elektrik sel bahan api (FCEV).

Berikut jangkaan jumlah jualan baharu xEV Kerajaan membabitkan kategori penumpang dan perdagangan:

  • 2030: 20 peratus
  • 2040: 50 peratus
  • 2050: 80 peratus

PENGGUNAAN JUMLAH KENDERAAN PENUMPANG BEV

Jumlah terkumpul BEV dalam tempoh empat tahun di Malaysia sudah mencapai 38,369 unit dan berikut pecahan mengikut tahun:

  • 2021: 256 unit
  • 2022: 3,127 unit
  • 2023: 13,257 unit
  • 2024: 21,729 unit

Antara sebab dijangka mendorong kenaikan dan penerimaan penggunaan kenderaan xEV ialah keputusan pelaksanaan subsidi bersasar petrol RON95 yang akan bermula pertengahan tahun ini.

Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz dalam jawapan kepada soalan lisan Chong Chieng Jen (Stampin) di Dewan Rakyat pada 25 Februari lalu berkata;

Langkah ini dilihat menjadi pemangkin kepada rakyat untuk berubah daripada kenderaan ICE (enjin pembakaran dalaman) kepada xEV."

SUMBER: Parlimen

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz, Kenderaan Elektrik, Ron95

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Kenapa Semua Orang Gila JAECOO J7 PHEV? SUV Hibrid Premium Paling Berbaloi 2025!
    Kenapa Semua Orang Gila JAECOO J7 PHEV? SUV Hibrid Premium Paling Berbaloi 2025!
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
  • WCE Mula Kutip Tol Seksyen 2 Laluan SAE ke Banting Mula Hari Ini
    WCE Mula Kutip Tol Seksyen 2 Laluan SAE ke Banting Mula Hari Ini

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev