• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Chery Malaysia Tandatangan MoU Pecah Tanah Bina Fasiliti Pintar di Hulu Selangor

Chery Malaysia Tandatangan MoU Pecah Tanah Bina Fasiliti Pintar di Hulu Selangor

February 23, 2025 By Han Othman Leave a Comment

134
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

LEGENDA Beringin Holding Sdn Bhd dan Chery Corporate Malaysia Sdn Bhd hari ini menandatangani perjanjian serta merasmikan majlis pecah tanah untuk pembinaan fasiliti pintar Chery Smart Auto Industrial Park di Beringin High-Tech Auto Valley (Beringin HTA Valley), Hulu Selangor.

Projek ini menandakan langkah penting dalam menjadikan Malaysia dan Selangor sebagai hab utama pembuatan automotif dan inovasi teknologi.

Majlis ini disaksikan Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah Ibni Sultan Sharafuddin Idris Shah Al Haj, dan Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari, bersama pemimpin industri dan wakil Kerajaan.

Chery Smart Auto Industrial Park dibangunkan atas tanah seluas 200 ekar dalam ekosistem Beringin HTA Valley seluas 800 ekar, dan bakal menempatkan fasiliti pembuatan automotif bertaraf dunia.

Disasarkan siap pada 2026, fasa pertama projek ini akan mempunyai kapasiti pengeluaran awal 100,000 unit kenderaan setahun, dan berkembang kepada 300,000 unit kenderaan setahun dengan pelaburan bernilai RM2.2 bilion dalam tempoh lima tahun.

Projek ini bukan saja menyokong aspirasi Malaysia menjadi ekonomi perindustrian berteknologi tinggi menjelang 2030, tetapi juga akan mewujudkan peluang pekerjaan bernilai tinggi, pusat kajian dan penyelidikan (R&D) canggih, serta mengukuhkan kedudukan Malaysia sebagai hab automotif utama di Asean.

Kerjasama strategik antara Legenda Beringin dan Chery Malaysia itu mengukuhkan daya tarikan Selangor sebagai destinasi utama pelaburan automotif berteknologi tinggi dan bakal menyumbang kepada pertumbuhan industri automotif serantau.

Related

134
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, Bandar Pintar, Chery Malaysia, Chery Smart Auto Industrial Park, Legenda Beringin

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
    Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
  • General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
    General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
  • Kymco AK550 Premium Kini CKD,  Harga Lebih Murah di Malaysia
    Kymco AK550 Premium Kini CKD, Harga Lebih Murah di Malaysia
  • Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460
    Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460

Pandu Uji

#PanduUji: Inilah Cara Menang Cabaran Pandu Proton e.MAS 5 Paling Jimat, Hanya 9.6kW/100km!

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my