• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Majlis Bandaraya Leeds Guna Lori EV Mercedes-Benz eEconic untuk Kutip Sampah

Majlis Bandaraya Leeds Guna Lori EV Mercedes-Benz eEconic untuk Kutip Sampah

February 21, 2025 By Abang Hirata Leave a Comment

FacebookTwitter


SEPERTI disebut PanduLaju sebelum ini, terdapat keperluan untuk lebih banyak kenderaan elektrik (EV) komersial digunakan atas jalan raya.

Kerajaan sudah membuktikan komitmen apabila Prasana Malaysia Berhad (Prasana) bakal bertukar kepada bas elektrik untuk pembelian seterusnya. Pos Malaysia turut menggunakan skuter elektrik bagi kerja menghantar surat, dan satu lagi boleh diberi perhatian ialah lori sampah elektrik.

Misalnya, Majlis Bandaraya Leeds di Britain menambah tiga lori elektrik Mercedes-Benz eEconic pertama ke dalam barisan flit yang bertujuan menjadikan kenderaan mengutip sampah lebih bersih, hijau dan senyap.

Manfaat utama semestinya pelepasan karbon dioksida selain lebih senyap ketika melalui kawasan perumahan.

Operasi Kutipan Sampah Leeds

  • Mengutip lebih setengah juta tong sampah dan kitar semula setiap minggu.
  • Mengendalikan 75 unit lori dan kru selama enam hari seminggu.
  • Menguruskan perkhidmatan kutipan sisa taman (daun, ranting pokok dan lain-lain) percuma terbesar di Britain.

Ciri Mercedes-Benz eEconic 300

  • Direka khas sebagai kenderaan elektrik sejak awal.
  • Motor elektrik bersepadu dalam gandar eAxle 2-kelajuan, tanpa memerlukan aci pacu (drive shaft).
  • Kelajuan maksimum 88.5kmj.
  • Transmisi dua gear di depan dan dua gear di belakang.

Spesifikasi Kenderaan dan Pembekal

  • Dibekalkan pakar dalam kenderaan kutipan sampah di Britain, FAUN Zoeller UK.
  • Dilengkapi badan Variopress 22 m³ dan pengangkat tong Rotary 3.
  • Dibina menggunakan casis Mercedes-Benz eEconic 300, dengan berat kasar 27 tan dalam pacuan 6x2.
  • Disediakan dan diselenggara pengedar Mercedes-Benz, Northside Truck & Van.

Bateri dan Pengecasan

  • Dilengkapi tiga pek bateri kapasiti 336kWj.
  • Tempoh mengecas 20-80 peratus menggunakan pengecas 400A 160kW mengambil masa 75 minit.
  • Waranti bateri enam tahun.

Ciri Keselamatan dan Teknologi

  • Kokpit multimedia dengan dua skrin paparan.
  • Dilengkapi Brek Parkir Elektrik (EPB) dan ciri penghidup tanpa kunci Keyless Go.
  • Lampu LED.
  • Ciri keselamatan:
    • Bantuan Pemantau Sisi (SMA)
    • Bantuan Brek Aktif (ABA) 5
    • Bantuan Kekal Lorong (LKA)
    • Bantuan Undur
  • Disertakan pakej konektiviti enam tahun untuk akses kepada perkhidmatan sokongan digital.

Integrasi Flit dan Infrastruktur Pengecasan

  • Lori elektrik akan disepadu ke dalam barisan model sedia ada.
  • Pengecasan dibuat sepanjang malam di depot Newmarket House.
  • Lori dicas sepenuhnya dan bersedia beroperasi seawal jam 6 pagi setiap hari.
  • Majlis Bandaraya Leeds  memiliki pengalaman lebih 15 tahun mengendalikan lori kutipan sampah Mercedes-Benz Econic dan hubungan kukuh dengan FAUN Zoeller serta Northside Truck & Van.

Kesan Terhadap Alam Sekitar

  • Setiap lori elektrik menjimatkan 15 tan karbon dioksida (CO²) setahun dengan jumlah keseluruhan 45 tan setahun berbanding lori diesel.
  • Mengurangkan pencemaran udara dan bunyi di kawasan perumahan.

Pencapaian Kelestarian dalam Pengurusan Sisa

  • Kurang 0.2 peratus sisa domestik di Leeds dihantar ke tapak pelupusan.
  • Sisa dari tong sampah dibakar untuk menjana elektrik dan haba, membekalkan tenaga kepada bangunan awam dan perumahan melalui skim pemanasan Leeds Pipes.
  • Sisa kering boleh kitar semula diasingkan dan dihantar untuk dikitar semula.
  • 82 peratus kaca dikutip digunakan untuk membuat botol dan balang baharu di Yorkshire.
  • Sisa taman dikompos rakan kontrak secara tempatan.
Leeds City Council Mercedes-Benz eEconic.01
Leeds City Council Mercedes-Benz eEconic.02
Leeds City Council Mercedes-Benz eEconic.04
Leeds City Council Mercedes-Benz eEconic.03
mercedes-econic-e300-11
mercedes-econic-e300-12
mercedes-econic-e300-3
mercedes-econic-e300-13
mercedes-econic-e300-4
mercedes-econic-e300-9
mercedes-econic-e300-5
mercedes-econic-e300-8
mercedes-econic-e300-10
mercedes-econic-e300-6
mercedes-econic-e300-7
mercedes-econic-e300-2
mercedes-econic-e300-1

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Kenderaan Elektrik (EV), Trak dan Lori Tagged With: Lori sampah, Lori Sampah EV, Majlis Bandaraya Leeds, Mercedes-benz, Mercedes-Benz eEconic

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!
    Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!
  • Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!
    Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!
  • Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
    Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
  • BYD Seal U DM-i Hangat di UK, Jarak Pandu Lebih 1,200 km, Lebih 10 Ribu Terjual Dalam 10 Bulan
    BYD Seal U DM-i Hangat di UK, Jarak Pandu Lebih 1,200 km, Lebih 10 Ribu Terjual Dalam 10 Bulan

PANDU UJI

GAC Emkoo 2025

Media Malaysia Pandu Uji GAC Emkoo 2025 Menjelang Debut, Harga Mula Dijangka RM120k?

PENGEDAR sah jenama GAC Motor di Malaysia, WTC Automotif hari ini … [Baca Lagi...]

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev