• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Stesen BHPetrol Jalan Genting Klang 1 Kini Ada Pengecas TNB Electron 200kWh

Stesen BHPetrol Jalan Genting Klang 1 Kini Ada Pengecas TNB Electron 200kWh

February 20, 2025 By Shawkath Leave a Comment

FacebookTwitter


BHPETROL Malaysia (BHPetrol) dengan kerjasama Tenaga Nasional Berhad (TNB) merasmikan fasiliti pengecasan elektrik (EC) pertama TNB Electron di stesen minyak BHPetrol Jalan Genting Klang 1 di ibu kota sebentar tadi.

Stesen baharu dengan dua poin pengecas CCS2 itu adalah yang pertama disediakan di stesen minyak BHPetrol di negara ini dan kemudahan itu memulakan operasi pada Januari 2025.

Apa yang menarik ialah kemudahan pengecasan pantas (DC) itu menawarkan kapasiti 200kWh yang merupakan yang kedua untuk jenama TNB Electron di Malaysia.

Ketua Pegawai Eksekutif BHPetrol, Ir. Azizul Azily Ahmad berkata, BHPetrol juga akan meluaskan kemudahan itu dengan TNB serta dua lagi operator poin pengecasan (CPO) di dua lagi lokasi pada suku kedua tahun 2025.

Beliau berkata:

BHPetrol berharap usahasama dengan TNB ini akan dapat diteruskan pada masa akan datang. Komitmen seumpama ini memerlukan kerjasama erat antara sektor Kerajaan dan swasta bagi memastikan ia dicapai dengan jayanya."

Hadir sama di majlis itu ialah Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif TNB, Datuk Ir. Megat Jalaluddin Megat Hassan; Ketua Pegawai Peruncitan TNB, Kamal Arifin A.Rahman; Ketua Pegawai Strategi & Usaha Niaga TNB, Ir. Dr Mohd. Fadzil Mohd. Siam; Ketua Pegawai Operasi BHPetrol, Fardzi Shah Razali; Pengarah Program PMO EV, Wan Ahmad Zam Zam Wan Abd. Wahab serta Pengusaha Stesen BHPetrol Jalan Genting Klang 1, Datuk Juhari Abdul Ghani dan Fara Diana Juhari.

LOKASI PENGECAS EV BHPETROL

Setiap kemudahan EV BHPetrol dilengkapi dua poin pengecasan pantas (DC) berkapasiti 200kWh

  • BHP Jalan Genting-Klang 1 - Kuala Lumpur
  • BHP Lebuhraya Karak-KL - Pahang
  • BHP Rawat & Rehat (R&R) - Perak

Meskipun berkapasiti 200kWh, sekiranya dua kenderaan elektrik (EV) mengecas pada masa sama, aliran kuasa kapasiti setiap kenderaan akan menjadi 100kWh. Harga yang dikenakan untuk pengecasan mengikut kilowat iaitu RM1.50 untuk setiap kWh.

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: autoterkini, BHPetrol Jalan Genting Klang 1, BHPetrol Malaysia, Kenderaan Elektrik (EV), Roda4, Stesen Pengecas

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
    Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
  • General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
    General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
  • Kymco AK550 Premium Kini CKD,  Harga Lebih Murah di Malaysia
    Kymco AK550 Premium Kini CKD, Harga Lebih Murah di Malaysia
  • Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460
    Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460

Pandu Uji

#PanduUji: Inilah Cara Menang Cabaran Pandu Proton e.MAS 5 Paling Jimat, Hanya 9.6kW/100km!

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my