• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / BERITA AUTO: Nasim Lancar 3 Model Baharu Tahun Ini

BERITA AUTO: Nasim Lancar 3 Model Baharu Tahun Ini

March 4, 2015 By admin.pandulaju Leave a Comment

FacebookTwitter

Peugeot PJ-pandulajudotcomNASIM Sdn Bhd bakal melancarkan tiga model baharu pada tahun ini dengan menyasarkan penjualan sebanyak 6,000 unit kenderaan.

Ketua Pegawai Operasi Nasim, Datuk Samson Anand George memaklumkan model Peugeot 308 bakal dilancarkan pada bulan depan dan diikuti dua yang lain iaitu Peugeot 408 dan 508.

" Kami yakin sasaran jualan pada tahun ini dapat dicapai dengan adanya pengenalan tiga model baharu berbanding 5,500 unit pada tahun lalu," katanya dalam sidang media selepas majlis pelancaran pusat 1S (Jualan) Peugeot di Petaling Jaya.

Peugeot PJ 2Dalam usaha mengembangkan lagi rangkaiannya, Nasim menambah satu lagi pusat jualan Peugeot di Petaling Jaya yang juga outlet kedua dilancarkan pada tahun ini selepas Peugeot Taiping, baru-baru ini.

Menelan pelaburan sebanyak RM1juta, Peugeot Petaling Jaya yang dibina atas tapak berkeluasan 7,560 kaki persegi itu hadir dengan ruangan menunggu selesa, bilik perbincangan, butik Peugeot, Wi-Fi percuma dan ruang parkir lebih luas.

Sehingga kini, Nasim sudah mempunyai 36 outlet di seluruh negara dan turut merancang menambah lagi tiga hingga lima outlet baharu pada tahun ini.

Peugeot PJ 1Kesemua model Peugeot didatangkan dengan lima tahun jaminan tanpa had perbatuan. Pelanggan juga boleh menikmati perkhidmatan Bantuan Peugeot selain akses percuma ke Lounge Peugeot di Lapangan Terbang Subang serta keahlian Peugeot Privilege untuk memberikan perkhidmatan terbaik untuk pelanggannya.

Maklumat lanjut mengenai Peugeot Malaysia, layari https://www.peugeot.com.my.

 

 

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Datuk Samson Anand George, Model Baharu Peugeot, Nasim, Peugeot 308, Peugeot 408, Peugeot 508, Peugeot Petaling Jaya

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!
    Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!
  • Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
    Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
  • Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
    Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
  • Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!
    Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!

PANDU UJI

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev