• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Ahmad: PLUS Laksana MLFF atas Inisiatif Sendiri

Ahmad: PLUS Laksana MLFF atas Inisiatif Sendiri

February 19, 2025 By Syafie Leave a Comment

FacebookTwitter

SISTEM Aliran Bebas Pelbagai Lorong (MLFF) yang akan dilaksanakan PLUS Malaysia Bhd (PLUS) adalah inisiatif syarikat konsesi tersebut, kata Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Ahmad Maslan.

Beliau menjelaskan, selepas berakhir Perjanjian Pelantikan (AA) antara Kerajaan dan syarikat pencadang KJS-SEP JV pada 16 Disember 2024, pihak konsesi berhak melaksanakan sistem MLFF sendiri walaupun perlu mematuhi arahan Kabinet mengenai hala tuju sistem tersebut.

Dalam sesi soal jawab di Dewan Rakyat, beliau turut menyatakan Kementerian akan bekerjasama dengan Kementerian Pengangkutan (MOT), Kementerian Kewangan (MOF), Jabatan Peguam Negara, dan Unit Kerjasama Awam-Swasta untuk mendapatkan pandangan mengenai sistem MLFF, yang akan memulakan ujian rintis April depan.

Menurutnya, Kerajaan tetap komited melaksanakan sistem MLFF demi keselesaan pengguna lebuh raya. Sistem itu akan membolehkan kutipan tol tanpa henti menggunakan teknologi RFID dan kamera ANPR, yang akan mengesan kenderaan dan memudahkan pembayaran tol. Selain itu, rekabentuk lebuh raya baharu turut disesuaikan untuk menyokong sistem berkenaan.

Mengenai perjanjian pelantikan yang tamat, Ahmad menjelaskan rundingan antara Kerajaan, syarikat konsesi, dan syarikat pencadang tidak dapat diselesaikan dalam tempoh tiga tahun yang menyebabkan perjanjian itu terbatal secara automatik pada 17 November 2022.

SUMBER: SinarHarian

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, Datuk Seri Ahmad Maslan, Kementerian Kerja Raya (KKR), PLUS Malaysia Bhd (PLUS), sistem Aliran Bebas Pelbagai Lorong (MLFF)

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Perbandingan: Proton X50 2026 Varian Executive, Premium dan Flagship, Mana Paling Berbaloi?
    Perbandingan: Proton X50 2026 Varian Executive, Premium dan Flagship, Mana Paling Berbaloi?
  • Kenapa Proton X50 2025 Nampak Lagi SPORT Berbanding Sebelum Ini?
    Kenapa Proton X50 2025 Nampak Lagi SPORT Berbanding Sebelum Ini?
  • Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
    Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
  • Surau MADANI R&R Seremban Jadi R&R Pertama Malaysia Dibenarkan Solat Jumaat!
    Surau MADANI R&R Seremban Jadi R&R Pertama Malaysia Dibenarkan Solat Jumaat!

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev