• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Bumblebee, Optimus Prime Sambut Kedatangan Murid Tahun 1 di SK Kuala Perai

Bumblebee, Optimus Prime Sambut Kedatangan Murid Tahun 1 di SK Kuala Perai

February 17, 2025 By Syafie Leave a Comment

FacebookTwitter


SUASANA di Sekolah Kebangsaan (SK) Kuala Perai di Bagan Dalam, Butterworth, Pulau Pinang meriah apabila murid-murid, termasuk Tahun 1, disambut kehadiran maskot gergasi Bumblebee dan Optimus Prime, watak popular dalam siri filem Transformers, pada sesi persekolahan 2025/2026.

Dua maskot setinggi hampir tiga meter itu bukan saja menarik perhatian murid, tetapi juga ibu bapa, dan guru yang hadir mengiringi anak-anak mereka.

Guru Besar SK Kuala Perai, Aini Najwa Othman berkata, idea menggunakan maskot ini bertujuan mengurangkan rasa cemas dan takut murid-murid Tahun 1 yang kali pertama menjejakkan kaki ke sekolah. Pihak sekolah juga ingin memberikan pengalaman menyeronokkan dan berbeza pada hari pertama bagi menghilangkan kegusaran mereka.

Dengan kehadiran maskot ini, kami harap dapat memberi semangat dan kegembiraan kepada murid-murid, terutama kepada murid prasekolah dan Tahun 1 yang memulakan perjalanan baharu ini."

Pada sesi ini, SK Kuala Perai menerima 46 murid Tahun 1 dan lebih 40 murid prasekolah untuk sesi 2025/2026. Usaha ini turut memberi semangat kepada semua murid untuk memulakan tahun persekolahan dengan penuh kegembiraan dan semangat.

Inisiatif ini bukan saja memberi keseronokan kepada murid-murid, tetapi juga mencipta kenangan manis kepada mereka yang melangkah ke alam persekolahan dengan penuh keceriaan.

SUMBER: SinarHarian | MalaysiaGazette

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, Bumblebee, G1 Optimus Prime, SK Kuala Perai

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
    Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
  • General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
    General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
  • Kymco AK550 Premium Kini CKD,  Harga Lebih Murah di Malaysia
    Kymco AK550 Premium Kini CKD, Harga Lebih Murah di Malaysia
  • Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460
    Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460

Pandu Uji

#PanduUji: Inilah Cara Menang Cabaran Pandu Proton e.MAS 5 Paling Jimat, Hanya 9.6kW/100km!

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my