• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Jumpa Bom Tangan Tepi LPT2

Jumpa Bom Tangan Tepi LPT2

February 17, 2025 By Shawkath Leave a Comment

FacebookTwitter


SEBUTIR bom tangan dijumpai di KM365.9 Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2) arah Kuala Terengganu-Kuantan diletupkan petang semalam, lapor Harian Metro.

Ketua Polis Daerah Dungun, Superintendan Maizura Abdul Kadir dalam kenyataan berkata, pihaknya menerima  panggilan telefon sekitar jam 12.50 tengah hari berhubung penemuan objek dipercayai bom tangan.

Katanya, panggilan dibuat peronda LPT2 memaklumkan seorang pekerja LPT menjumpai objek menyerupai bom tangan di lokasi berkenaan.

Tambah beliau, kejadian tersebut menimbulkan kerisauan kerana boleh mendatangkan bahaya kepada orang awam jika tidak ditangani segera.

Beliau berkata;

Sejurus menerima laporan, Unit Pemusnah Bom (UPD) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Terengganu dan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dungun dikerah ke lokas untuk menjalankan pemeriksaan.

"Hasil pemeriksaan, mendapati objek tersebut sejenis hand grenade yang tidak dapat dikenal pasti jenis kerana tiada sebarang pengenalan pada objek tersebut.

"Lebih mencemaskan, hand grenade itu berada dalam keadaan Blind, di mana lever dan safety pin sudah tercabut serta stricker berada dalam kedudukan fire. Bom tersebut disyaki ditinggalkan atau dibuang pihak yang tidak bertanggungjawab."

UPB IPK Terengganu dan IPD Dungun mengambil tindakan pemusnahan untuk memastikan tiada bahaya berlaku. Selepas itu, pemeriksaan dijalankan di sekitar kawasan dan tiada objek lain berkaitan bahan letupan ditemui.

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, Lebuhraya Pantai Timur Fasa 2 (LPT2), Maizura Abdul Kadir

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Honda Forza 125 2026 Perkenal Warna Baharu, Edisi Khas di Eropah
    Honda Forza 125 2026 Perkenal Warna Baharu, Edisi Khas di Eropah
  • Morbidelli C252V 2025 - Cruiser 250cc dengan Enjin V-Twin!
    Morbidelli C252V 2025 - Cruiser 250cc dengan Enjin V-Twin!
  • Proton Saga Serba Baharu Catat 10,000 Tempahan Dalam 5 Hari, Satu Setiap 43 Saat!
    Proton Saga Serba Baharu Catat 10,000 Tempahan Dalam 5 Hari, Satu Setiap 43 Saat!
  • MBSA Mula Tunda Kenderaan Terbiar Januari 2026
    MBSA Mula Tunda Kenderaan Terbiar Januari 2026

Pandu Uji

#PanduUji: Inilah Cara Menang Cabaran Pandu Proton e.MAS 5 Paling Jimat, Hanya 9.6kW/100km!

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my