• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Stellantis Umum Kiriman Stok Komponen Automotif Tiba di Hab Alat Ganti Serantau

Stellantis Umum Kiriman Stok Komponen Automotif Tiba di Hab Alat Ganti Serantau

February 13, 2025 By Shawkath Leave a Comment

FacebookTwitter


STELLANTIS mengumumkan pencapaian terbaharu, iaitu ketibaan kiriman stok pertama di Hab Alat Ganti Serantau Asia Pasifik dan India yang terletak di Malaysia.

Pengumuman itu menandakan ketibaan fasa pertama daripada jumlah keseluruhan kiriman alat ganti bernilai €10 juta (RM46.2 juta). Kenyataan Stellantis juga menjelaskan stok bernilai €8 juta (RM37.2 juta) buat masa ini masih dalam transit dari Amerika Utara, Perancis, Itali dan China membabitkan 35,000 unit simpanan stok (SKU).

Hab itu dikatakan bakal menampung keperluan semua jenama bawah Stellantis seperti Peugeot, Citroen, Alfa Romeo, Jeep, RAM, Leapmotor dan banyak lagi. Fasiliti itu juga akan menyokong operasi di 20 negara rantau Asia Pasifik dan India.

Dijadualkan beroperasi bermula suku pertama 2025, hab itu menjadi antara elemen penting dalam strategi Stellantis menambah baik khidmat selepas jualan dengan mengurangkan masa dan memastikan pengedar dan pengguna memperoleh komponen diperlukan.

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, Hab Alat Ganti Serantau Asia Pasifik dan India, Roda4, Stellantis

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Modenas Z15GT 2026 - Supermoped Buatan Malaysia Lancar dengan DNA Kawasaki!
    Modenas Z15GT 2026 - Supermoped Buatan Malaysia Lancar dengan DNA Kawasaki!
  • BSH Lancar Honda RS-X Winner Tricolor Edition dalam Unit Terhad, Harga RM10.2k!
    BSH Lancar Honda RS-X Winner Tricolor Edition dalam Unit Terhad, Harga RM10.2k!
  • XPENG P7 Disambut Hangat, 10 Ribu Tempahan 7 Minit, Jarak Lebih 700 km, 0-100 km/j 3.7 saat!
    XPENG P7 Disambut Hangat, 10 Ribu Tempahan 7 Minit, Jarak Lebih 700 km, 0-100 km/j 3.7 saat!
  • Cruiser Gaya Retro-Moden WMoto Bobbie 450s Lancar, Harga RM19,888
    Cruiser Gaya Retro-Moden WMoto Bobbie 450s Lancar, Harga RM19,888

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev