• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Peserta Wanita Konvoi '2,000 Selekoh Malaysia' Maut Kemalangan di Bera

Peserta Wanita Konvoi '2,000 Selekoh Malaysia' Maut Kemalangan di Bera

February 12, 2025 By Syafie Leave a Comment

FacebookTwitter


SEORANG peserta wanita konvoi '2,000 Selekoh Malaysia', Ili Aiman Abd Rahman, 38, dari Brunei maut dalam kemalangan apabila motosikal ditunggang bertembung dengan lori di KM17 Jalan Bera-Mayam, Bera, Pahang, semalam.

Ketua Polis Daerah Bera, Supt Zulkiflee Nazir berkata, insiden itu berlaku sekitar jam 11 pagi ketika mangsa menyertai konvoi 25 peserta dari Brunei dan dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Tasik Bera.

Kemalangan berlaku ketika Ili Aiman menunggang motosikal jenis Honda Rebel 500 dari bandar Kerayong ke Mayam.

Tiba di selekoh, motosikal mangsa dipercayai hilang kawalan hingga memasuki laluan bertentangan dan bertembung sebuah lori. Akibat kemalangan itu, mangsa meninggal dunia pada jam 12.30 tengah hari ketika menerima rawatan di Hospital Bera.

Pemandu dan kelindan lori, masing-masing berusia 28 dan 40 tahun, mengalami kecederaan ringan dan dirawat sebagai pesakit luar. Kes disiasat bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

SUMBER: AstroAwani

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: 2000 Selekoh Malaysia, Auto Terkini, kemalangan maut, konvoi

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Kenapa Semua Orang Gila JAECOO J7 PHEV? SUV Hibrid Premium Paling Berbaloi 2025!
    Kenapa Semua Orang Gila JAECOO J7 PHEV? SUV Hibrid Premium Paling Berbaloi 2025!
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • Toyota Camry Terjunam Dari Tingkat 3 Akibat Tersilap Tekan Pedal Minyak
    Toyota Camry Terjunam Dari Tingkat 3 Akibat Tersilap Tekan Pedal Minyak
  • Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
    Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev