• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / JPJ: Jangan Beli RX-Z Seludup!

JPJ: Jangan Beli RX-Z Seludup!

February 10, 2025 By Syafie Leave a Comment

FacebookTwitter

JABATAN Pengangkutan Jalan (JPJ) Kelantan menasihati peminat motosikal Yamaha RXZ agar tidak membeli motosikal seludup, kerana ia boleh membawa risiko perundangan yang serius.

Pengarah JPJ Kelantan, Mohd Misuari Abdullah berkata, pembelian motosikal melalui saluran haram hanya memberi keseronokan sementara dan boleh menimbulkan masalah undang-undang.

Menurut Mohd Misuari, motosikal Yamaha RXZ yang diseludup berada di bawah bidang kuasa Jabatan Kastam, manakala JPJ bertanggungjawab dalam menguatkuasakan kesalahan berkaitan Lesen Kenderaan Motor (LKM), penggunaan kenderaan tidak berdaftar, serta pelanggaran peraturan lain.

Malah, JPJ juga sentiasa bekerjasama dengan Pasukan Gerakan Am bagi membanteras penggunaan motosikal seludup di Kelantan.

Dalam Operasi Khas Tahun Baharu Cina 2025 yang berlangsung selama 21 hari, JPJ Kelantan telah memeriksa 16,577 kenderaan, mengeluarkan 6,434 notis saman, dan mengambil tindakan terhadap 3,457 kenderaan.

Sebanyak 5,158 notis saman JPJ(P) 22 dikeluarkan, 26 kenderaan disita mengikut Akta Pengangkutan Jalan 1987, dan lima lori disita mengikut Akta Pengangkutan Awam Darat 2010.

Kenderaan yang disita termasuk 23 motosikal, dua kereta, dan satu kenderaan pacuan empat roda. Kesalahan yang dikesan termasuk pengubahsuaian ekzos, tayar, dan komponen lain yang boleh membahayakan keselamatan penunggang serta pengguna jalan raya yang lain.

SUMBER: AstroAwani

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kelantan, Yamaha RXZ

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
    Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
  • Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
    Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
  • GAC Malaysia Umum Datuk Remy Ishak Jadi Duta Baharu!
    GAC Malaysia Umum Datuk Remy Ishak Jadi Duta Baharu!
  • BYD Seal U DM-i Hangat di UK, Jarak Pandu Lebih 1,200 km, Lebih 10 Ribu Terjual Dalam 10 Bulan
    BYD Seal U DM-i Hangat di UK, Jarak Pandu Lebih 1,200 km, Lebih 10 Ribu Terjual Dalam 10 Bulan

PANDU UJI

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev