• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Ahmad: Kontraktor Perlu Siapkan Projek KKR Lebih Awal

Ahmad: Kontraktor Perlu Siapkan Projek KKR Lebih Awal

February 10, 2025 By Syafie Leave a Comment

FacebookTwitter


KONTRAKTOR yang menerima projek daripada Kementerian Kerja Raya (KKR) diminta menyiapkan projek lebih awal daripada jadual asal, bukannya mengikut tarikh yang ditetapkan.

Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, ini selaras dengan hala tuju kementerian untuk memastikan tiada lagi projek yang lewat dan memerlukan lanjutan tempoh siap.

Menurut Beliau, kaedah baru yang diguna pakai bermula tahun ini adalah untuk menyiapkan projek "ahead of time", dengan sasaran sifar projek "sakit" di seluruh negara.

Kementerian berharap tiada lagi permintaan untuk lanjutan masa, sebaliknya projek harus siap lebih awal, sama ada 10 hari, sebulan, atau lebih.

Semasa lawatan ke Pejabat Jabatan Kerja Raya (JKR) Mersing, beliau juga memantau beberapa projek yang perlu diselesaikan segera, seperti pembinaan dan menaik taraf kuarters Jabatan Kebajikan Masyarakat di Desa Bina Diri, pembinaan jeti di Pulau Pemanggil, serta projek infrastruktur Pulau Besar dan kolam menyelam tempur Kem 21 Gerup Gerak Khas.

Ahmad turut menyatakan terdapat enam projek persekutuan yang telah dikenal pasti di bawah JKR Mersing tahun ini, dengan kos RM50.1 juta untuk pembinaan bangunan baharu dan tiga projek penyelenggaraan bernilai RM2.1 juta.

Sementara itu,  terdapat tiga projek jalan raya bernilai RM477 juta yang bertujuan mengatasi kesesakan lalu lintas dan meningkatkan keselamatan pengguna.

SUMBER: SinarHarian

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, Datuk Seri Ahmad Maslan, Kementerian Kerja Raya (KKR), Kontraktor Projek KKR

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Kenapa Semua Orang Gila JAECOO J7 PHEV? SUV Hibrid Premium Paling Berbaloi 2025!
    Kenapa Semua Orang Gila JAECOO J7 PHEV? SUV Hibrid Premium Paling Berbaloi 2025!
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • Toyota Camry Terjunam Dari Tingkat 3 Akibat Tersilap Tekan Pedal Minyak
    Toyota Camry Terjunam Dari Tingkat 3 Akibat Tersilap Tekan Pedal Minyak
  • Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
    Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev