• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Ujian Pra Musim Sepang 2025: Alex Marquez Dominasi Hari Terakhir, Catat Masa Terbaik

Ujian Pra Musim Sepang 2025: Alex Marquez Dominasi Hari Terakhir, Catat Masa Terbaik

February 7, 2025 By Syafie Leave a Comment

FacebookTwitter


HARI Ketiga Ujian Pra Musim Sepang 2025 yang berlangsung di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) berakhir dengan prestasi luar biasa pelumba Gresini Ducati, Alex Marquez.

Pelumba Sepanyol itu mencatatkan masa terbaik 1:56.493s, menamatkan 15 daripada 40 pusingan keseluruhan pada hari terakhir ujian. Catatan masa itu membolehkan Marquez menduduki tempat pertama, menonjol di depan pesaing lain yang turut memberikan cabaran sengit.

Francesco Bagnaia daripada Ducati Lenovo berada di tempat kedua, hanya ketinggalan 0.007s di belakang Marquez dengan masa 1:56.500s. Bagnaia mencatatkan 11 daripada 39 pusingan, membuktikan dia juga bersedia memberikan saingan baris depan pada musim akan datang walaupun perbezaan masa sangat tipis antara dia dan Marquez.

Fabio Quartararo daripada Monster Yamaha pula berada di tempat ketiga dengan masa 1:56.724s, 0.231s lebih lambat daripada masa terbaik Marquez. Pelumba Perancis itu menamatkan 10 daripada 48 pusingan, menunjukkan prestasi konsisten sepanjang ujian tersebut. Quartararo bertekad memperbaiki prestasi dan bersaing lebih sengit menjelang musim baharu nanti.

Di tempat keempat, Franco Morbidelli dari VR46 Ducati mencatatkan masa 1:56.948s, tertinggal 0.455s daripada Marquez. Morbidelli hanya sempat melengkapkan lima pusingan daripada 41 pusingan, tetapi catatan masa hampir seiring pelumba utama yang memberikan petanda positif bagi persediaan untuk musim depan.

Tempat kelima jatuh kepada Marc Marquez dari Ducati Lenovo, yang mencatatkan masa 1:56.997s, hanya ketinggalan 0.549s daripada pelumba teratas hari ini. Marquez menamatkan 23 daripada 56 pusingan, menunjukkan ketahanan yang baik dalam ujian berkenaan.

Perlumbaan pembukaan MotoGP 2025 akan berlangsung di Litar Antarabangsa Chang, Thailand, pada 28 Februari hingga 2 Mac 2025.

SUMBER: Crash

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Alex Marquez, Auto Terkini, MotoGP 2025, Ujian Pra Musim Sepang 2025

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!
    Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!
  • Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
    Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
  • Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
    Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
  • Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!
    Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!

PANDU UJI

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev