• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Jorge Martin Tersingkir Ujian Pra Musim Sepang 2025 Akibat Kemalangan

Jorge Martin Tersingkir Ujian Pra Musim Sepang 2025 Akibat Kemalangan

February 6, 2025 By Syafie Leave a Comment

FacebookTwitter


JUARA Dunia MotoGP, Jorge Martin, disahkan tidak dapat meneruskan ujian rasmi pra musim Sepang 2025 selepas terlibat kemalangan serius pada hari pertama di Litar Antarabangsa Sepang (SIC), semalam.

Pelumba Aprilia Racing itu dikejarkan ke sebuah hospital di Nilai, Negeri Sembilan untuk pemeriksaan lanjut dan disahkan mengalami kecederaan patah tangan kanan dan kaki kiri.

Menurut kenyataan dari @MotoGP di X, Martin akan kekal di hospital untuk rawatan semalaman dan dijadualkan terbang ke Eropah keesokan hari untuk menjalani pembedahan bagi merawat kecederaan pada tangan kanan dan kaki kirinya.

Pelumba berusia 27 tahun itu menyatakan rasa kecewa di Instagram yang mengakui kemalangan tersebut menghalangnya memulakan musim 2025 dengan baik, tetapi berikrar akan kembali lebih kuat.

🔴 El escalofriante accidente de Jorge Martín con lesión incluida

🏍️ Dura caída y deberá operarse del pie izquierdo y la mano derecha.#accidente #JorgeMartin #lesion #caida pic.twitter.com/kBozZqcyLB

— Minuto YA ! (@MinutoYa) February 5, 2025

Kemalangan berlaku di Turn 2 yang membuatkan Martin tercampak dari jentera baharunya, Aprilia RS-GP hingga melambung di udara sebelum mendarat kuat atas trek. Sebelum insiden itu, Martin turut terlibat dalam kemalangan di Turn 1, manakala masa terbaik sesi tersebut 2:01.321 saat pada pusingan kelima.

Pada masa sama, Juara Dunia 2021, Fabio Quartararo, mencatatkan masa terpantas pada hari pertama dengan catatan 1:57.555 saat. Ujian pra musim yang berlangsung tiga hari itu akan diteruskan hari ini dan berakhir esok (Jumaat).

SUMBER: AstroAwani

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda2 Tagged With: 2025 MotoGP, Aprilia Racing Team, Auto Terkini, jorge martin, Litar Antarabangsa Sepang (SIC), Ujian Pramusim Sepang 2025

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • MForce Lancar MFORCE OIL - Minyak Enjin Motosikal Sendiri Hasil Kolaborasi dengan Petronas
    MForce Lancar MFORCE OIL - Minyak Enjin Motosikal Sendiri Hasil Kolaborasi dengan Petronas
  • #ApaNakBuat: Bagaimanakah Isi Minyak Cara Jimat dan Klinikal? (Ikut Liter, Bukan RM)
    #ApaNakBuat: Bagaimanakah Isi Minyak Cara Jimat dan Klinikal? (Ikut Liter, Bukan RM)
  • #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
  • Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
    Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev