• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Emirates Jadi Syarikat Penerbangan Pertama Mesra Autisme, Malaysia Disaran Contohi

Emirates Jadi Syarikat Penerbangan Pertama Mesra Autisme, Malaysia Disaran Contohi

February 6, 2025 By Syafie Leave a Comment

FacebookTwitter


EMIRATES menjadi syarikat penerbangan pertama dunia memperoleh Sijil Autisme daripada Lembaga Piawaian Pendidikan Berterusan dan Pengiktirafan Antarabangsa (IBCCES).

Emirates menerima pensijilan itu selepas melatih lebih 30,000 kakitangan mengenai autisme dan sensitiviti deria yang mana inisiatif tersebut mampu menambah baik pengalaman perjalanan buat komuniti autisme selain menunjukkan kesungguhan syarikat penerbangan itu dalam menyediakan perkhidmatan mesra pengguna.

Justeru Kementerian Pengangkutan (MOT) disarankan meningkatkan aksesibiliti pengangkutan awam, termasuk sektor penerbangan supaya lebih inklusif terhadap komuniti autisme.

Pengerusi Majlis Tindakan Orang Kurang Upaya Selangor (MTOS), Danial Al-Rashid Haron mencadangkan Malaysia turut mencontohi langkah serupa berikutan kewujudan ribuan individu dengan spektrum autisme di Malaysia sedang menghadapi cabaran dalam menggunakan pengangkutan awam disebabkan kekurangan kemudahan bersesuaian.

 

Danial mencadangkan Malaysia Airlines (MAS) dan lapangan terbang seluruh negara turut menyediakan latihan khusus untuk kakitangan, termasuk menyediakan sokongan seperti mainan fidget dan alat digital bagi membantu individu autisme menyesuaikan diri di lapangan terbang dan pesawat.

Selain sektor penerbangan, usaha itu juga perlu diperluas kepada pengangkutan darat seperti LRT, MRT, dan KTMB. MTOS juga bersedia bekerjasama menyediakan latihan dan sokongan diperlukan bagi memastikan kesejahteraan dan aksesibiliti untuk semua lapisan masyarakat.

SUMBER: SinarHarian

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, Kementerian Pengangkutan (MOT), Lembaga Piawaian Pendidikan Berterusan dan Pengiktirafan Antarabangsa (IBCCES), Malaysia Airlines (MAS), pengangkutan awam

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Chery Malaysia Tawar Rebat hingga RM16,888 Sempena Tahun Baharu Cina!
    Chery Malaysia Tawar Rebat hingga RM16,888 Sempena Tahun Baharu Cina!
  • Lambretta Malaysia Umum Pelan 2026, Sasar Perluasa Rangkaian Nasional
    Lambretta Malaysia Umum Pelan 2026, Sasar Perluasa Rangkaian Nasional
  • Kia EV2 dengan Jarak Lebih 440km, EV Kompak Saiz Macam Ativa!
    Kia EV2 dengan Jarak Lebih 440km, EV Kompak Saiz Macam Ativa!
  • Yamaha Ego Avantiz 2026 Diperkenal dengan Pilihan Warna Lebih Segar
    Yamaha Ego Avantiz 2026 Diperkenal dengan Pilihan Warna Lebih Segar

Pandu Uji

Cabaran pandu uji Chery Tiggo PHEV sejauh 1,200km

#PanduUji: Chery Tiggo 8 PHEV, Tiggo 7 PHEV Langsai 1,200km Setangki Minyak Penuh!

#PanduUji: Inilah Cara Menang Cabaran Pandu Proton e.MAS 5 Paling Jimat, Hanya 9.6kW/100km!

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my