• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Kajian: Jenama China Jejas Pasaran SUV Mazda di Malaysia

Kajian: Jenama China Jejas Pasaran SUV Mazda di Malaysia

February 4, 2025 By Syafie Leave a Comment

FacebookTwitter


PERSAINGAN sengit daripada jenama automotif China seperti Chery, Jaecoo, dan BYD memberi tekanan besar terhadap Bermaz Auto Bhd (BAuto) dengan pegangan pasaran Mazda di Malaysia merosot daripada 2.4 peratus pada 2023 kepada 1.8 peratus  pada 2024.

Jualan Mazda turun 24 peratus sepanjang tahun lalu, disebabkan peningkatan saingan daripada jenama China yang menawarkan harga lebih kompetitif, terutama dalam segmen kenderaan utiliti sukan (SUV).

Logo Chery
jaecoo-logo
byd-logo

Model seperti Chery Omoda 5, Jaecoo J7, dan BYD Atto 3 yang dijual antara RM100,000 hingga RM160,000, menarik lebih ramai pembeli berbanding Mazda CX-5 yang lebih mahal (RM145,000 hingga RM195,000). Malah jenama China meningkatkan pegangan pasaran mereka daripada 1 peratus pada 2023 kepada 3.5 peratus pada 2024.

Bagi menghadapi cabaran ini, BAuto merancang melancarkan lebih banyak model baharu, termasuk tiga model kenderaan elektrik (EV) jenama Deepal pada 2025.

Model Xpeng G9 (foto atas kiri) dan Mazda CX-60 juga dijangka dilancarkan dalam tempoh sama. Walaupun prestasi BAuto dijangka terus mencabar pada 2025, firma penyelidikan CGS International meramalkan pendapatan akan pulih pada 2026 dengan pelancaran model baharu.

CSG menurunkan unjuran pendapatan BAuto untuk 2025-2027 sebanyak 10 hingga 26 peratus, tetapi mengekalkan saranan 'Tambah' pada saham BAuto dengan harga sasaran RM2.30, berdasarkan potensi pemulihan jualan dan pertumbuhan pendapatan jangka sederhana. Risiko utama termasuk penurunan kuasa beli pengguna dan persaingan ketat daripada jenama China.

SUMBER: BeritaHarian

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda4 Tagged With: Auto Terkini, Bermaz Auto Berhad (Bermaz Auto), Kenderaan Jenama China, Kenderaan Utiliti Sukan (SUV), mazda

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!
    Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!
  • Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
    Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
  • Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
    Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
  • Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!
    Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!

PANDU UJI

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev