• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Polis Keluar Lebih 104k Saman Trafik dalam Op Selamat 23 Setakat Kelmarin

Polis Keluar Lebih 104k Saman Trafik dalam Op Selamat 23 Setakat Kelmarin

February 3, 2025 By Shawkath Leave a Comment

FacebookTwitter


POLIS mengeluarkan 104,235 saman membabitkan pelbagai kesalahan trafik yang dikesan sepanjang Op Selamat 23 sempena sambutan Tahun Baru Cina 2025 sehingga kelmarin.

Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri menjelaskan hampir separuh jumlah saman itu membabitkan enam kesalahan utama.

STATISTIK SAMAN

6 Kesalahan Utama (49,339 saman)

  • Lebih had laju: 44,940 saman
  • Langgar lampu isyarat: 2,034 saman
  • Memandu menggunakan telefon bimbit: 869 saman
  • Memandu di lorong kecemasan: 602 saman
  • Memotong barisan: 573 saman
  • Memotong di garisan berkembar: 321 saman

SAMAN TRAFIK MENURUN

Mohd Yusri menyatakan statistik tersebut menyaksikan penurunan jumlah saman trafik yang dikeluarkan untuk tempoh sama berbanding tahun lalu.

Jelasnya, pihaknya akan membuat kajian untuk melihat sama ada penurunan tindakan saman trafik itu berpunca daripada sikap pengguna jalan raya yang menghormati peraturan dan undang-undang atau didorong kempen keselamatan mahupun advokasi pencegahan.

APA ANDA PERLU TAHU TENTANG OP SELAMAT 23?

  • Op Selamat 23 bermula pada 28 Januari sehingga 2 Februari 2025
  • Op Selamat 23 membabitkan 407 lokasi hotspot iaitu kawasan kesesakan dan 76 lokasi blackspot (kawasan sering berlaku kemalangan) membabitkan jalan Persekutuan, jalan negeri, jalan bandaran dan lain-lain.
  • Ini termasuk 25 lokasi hotspot dan 17 lokasi blackspot di lebuh raya seluruh negara.
  • JSPT menempatkan seramai 3,609 pegawai dan anggota untuk operasi berjalan lancar.
  • Tujuan utama operasi untuk mengurangkan kes kemalangan, kelancaran aliran trafik dan mencegah jenayah pecah rumah (kerjasama dengan Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti).

SUMBER: Bernama

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Datuk Seri Mohd. Yusri Hassan Basri, Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, Op Selamat 23

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Kenapa Semua Orang Gila JAECOO J7 PHEV? SUV Hibrid Premium Paling Berbaloi 2025!
    Kenapa Semua Orang Gila JAECOO J7 PHEV? SUV Hibrid Premium Paling Berbaloi 2025!
  • PMX: Subsidi Bersasar RON95 Tetap Diteruskan, Jamin Majoriti Rakyat Tidak Terjejas
    PMX: Subsidi Bersasar RON95 Tetap Diteruskan, Jamin Majoriti Rakyat Tidak Terjejas
  • GGR Motor Lancar Motosikal Elektrik Baharu Bersama Artis Popular, Perkenal 'Go Green Revolution'
    GGR Motor Lancar Motosikal Elektrik Baharu Bersama Artis Popular, Perkenal 'Go Green Revolution'
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev