• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / PIAM: Piawaian Ketat Kenderaan 'Total Lost' Langkah Yang Tepat

PIAM: Piawaian Ketat Kenderaan 'Total Lost' Langkah Yang Tepat

January 27, 2025 By Syafie Leave a Comment

FacebookTwitter


CADANGAN untuk mengetatkan piawaian lelongan bagi kenderaan Beyond Economic Repair (BER) adalah langkah yang tepat bagi memastikan hanya kenderaan yang selamat digunakan dibenarkan kembali beroperasi.

Persatuan Insurans Am Malaysia (PIAM) menegaskan syarikat insurans perlu memastikan kenderaan yang diisytiharkan BER dinilai dan dibaiki dengan betul, serta dilengkapkan dengan sijil kelayakan jalan dari Penyedia Pemeriksaan Kenderaan yang diiktiraf.

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) sedang meneliti isu ini selepas arahan dari Bank Negara Malaysia (BNM), di mana Ketua Pengarah JPJ, Datuk Aedy Fadly Ramli, menekankan perlunya pematuhan piawaian ketat untuk kenderaan BER dan Approved Treatment Facilities (ATF). Beliau juga kecewa apabila kenderaan komersial yang diisytiharkan rosak sepenuhnya masih digunakan.

Selain itu, PIAM menasihatkan pemilik kenderaan untuk memastikan insurans mencukupi dan mempertimbangkan pilihan syarikat insurans lain atau kembali kepada syarikat asal. Kenderaan yang diisytiharkan rosak sepenuhnya atau Actual Total Loss (ATL) perlu dimusnahkan kerana kerosakan teruk.

PIAM juga akan bekerjasama dengan pihak berkuasa seperti BNM, JPJ, Kementerian Pengangkutan (MOT), dan Puspakom untuk meningkatkan kesedaran pengguna mengenai isu kenderaan ATL dan BER.

SUMBER: SinarHarian

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, Beyond Economic Repair (BER), Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Kementerian Pengangkutan (MOT), Persatuan Insurans Am Malaysia (PIAM), Total Lost

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Chery Malaysia Tawar Rebat hingga RM16,888 Sempena Tahun Baharu Cina!
    Chery Malaysia Tawar Rebat hingga RM16,888 Sempena Tahun Baharu Cina!
  • Lambretta Malaysia Umum Pelan 2026, Sasar Perluasa Rangkaian Nasional
    Lambretta Malaysia Umum Pelan 2026, Sasar Perluasa Rangkaian Nasional
  • Kia EV2 dengan Jarak Lebih 440km, EV Kompak Saiz Macam Ativa!
    Kia EV2 dengan Jarak Lebih 440km, EV Kompak Saiz Macam Ativa!
  • Yamaha Ego Avantiz 2026 Diperkenal dengan Pilihan Warna Lebih Segar
    Yamaha Ego Avantiz 2026 Diperkenal dengan Pilihan Warna Lebih Segar

Pandu Uji

Cabaran pandu uji Chery Tiggo PHEV sejauh 1,200km

#PanduUji: Chery Tiggo 8 PHEV, Tiggo 7 PHEV Langsai 1,200km Setangki Minyak Penuh!

#PanduUji: Inilah Cara Menang Cabaran Pandu Proton e.MAS 5 Paling Jimat, Hanya 9.6kW/100km!

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my