• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Stesen BHPetrol PLUS Nilai Layby Southbound Kini Dibuka Secara Rasmi di Lebuhraya PLUS

Stesen BHPetrol PLUS Nilai Layby Southbound Kini Dibuka Secara Rasmi di Lebuhraya PLUS

January 27, 2025 By Shawkath Leave a Comment

8
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


BOUSTEAD Petroleum Marketing (BHPetrol Malaysia) mengumumkan pembukaan rasmi stesen BHPetrol PLUS Nilai Layby Southbound yang terletak di Hentian Rehat & Rawat (R&R) Nilai (arah Selatan) Negeri Sembilan sebentar tadi.

Stesen BHPetrol PLUS Nilai Layby Southbound sebenarnya sudah beroperasi sejak Mac 2024 dan menawarkan jualan minyak BHPetrol Infiniti petrol 95, 97, Diesel B10 dan Diesel 7 kepada para pemandu Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) ke selatan negara.

Stesen serba baharu itu turut dilengkapi kedai serbaneka BHPetromart, ruangan solat, tandas luas serta Zus Coffee demi kemudahan pelanggan dilancarkan sempena sambutan Tahun Baharu Cina.

Bersempena pembukaan rasmi itu, sebanyak 300 beg cenderahati berisi makanan ringan, minuman dan limau mandarin diagihkan kepada pelanggan yang singgah di stesen berkenaan.

Majlis perasmian disempurnakan Ketua Pegawai Eksekutif BHPetrol, Ir. Azizul Azily Ahmad yang diserikan dengan kehadiran Timbalan Ketua Pengarah (Perancangan & Operasi) Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) iaitu Datuk Jazmine Shafawi.

Tetamu lain yang hadir ialah:

  • Pengarah Bahagian Keselamatan Jalan Raya JPJ, Vanitha Mohan
  • Ketua Pegawai Komersial PLUS, Mohd. Fauzi Puniran
  • Ketua Pembangunan Komersial PLUS, Adnan Mohdhar Aidid Md Aizat Teh
  • Ketua Pegawai Operasi BHPetrol, Fardzi Shah Razali
  • Ketua Pegawai Kewangan BHPetrol, Dr. Ahmad Najmi Mahfodz
  • Penolong Pegawai Penguatkuasa Bahagian Keselamatan Jalan Raya JPJ, Tuan Abd. Rahman Paimin

BHPetrol Malaysia ditubuhkan pada 14 Februari 2006 dan berkembang sehingga memiliki 402 stesen minyak di negera termasuk lebih 300 kedai serbaneka BHPetromart.

BHPETROL - 10
BHPETROL - 11
BHPETROL - 1
BHPETROL - 8
BHPETROL - 9
BHPETROL - 4
BHPETROL - 5
BHPETROL - 6
BHPETROL - 7

Related

8
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: BHPetrol, BHPetrol PLUS Nilai Layby Southbound

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #SembangDeras: Sistem Bayaran Tol Digital Masih Kucar-Kacir, Sampai Bila Nak Tunggu Seragam?
    #SembangDeras: Sistem Bayaran Tol Digital Masih Kucar-Kacir, Sampai Bila Nak Tunggu Seragam?
  • Beli Denza D9 Dapat Pakej Eksklusif Bernilai RM5k, Tawaran Sah Sepanjang September Ini!
    Beli Denza D9 Dapat Pakej Eksklusif Bernilai RM5k, Tawaran Sah Sepanjang September Ini!
  • #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

PANDU UJI

Pandu uji Mazda CX-60 dari Mazda Glenmarie ke TUI BLUE The Haven, Ipoh

#PanduUji: Lenjan Mazda CX-60 dari Glenmarie ke Ipoh, SUV Cita Rasa Premium Jepun Tulen

BERMAZ Motor baru saja melancarkan kenderaan utiliti sukan (SUV) saiz … [Baca Lagi...]

GAC Emkoo 2025

Media Malaysia Pandu Uji GAC Emkoo 2025 Menjelang Debut, Harga Mula Dijangka RM120k?

PENGEDAR sah jenama GAC Motor di Malaysia, WTC Automotif hari ini … [Baca Lagi...]

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev