• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Lebih 1,900 Kakitangan JPJ Tunggu Masa Terima Arahan Pertukaran Tugas Kaunter

Lebih 1,900 Kakitangan JPJ Tunggu Masa Terima Arahan Pertukaran Tugas Kaunter

January 27, 2025 By Shawkath Leave a Comment

FacebookTwitter

JABATAN Pengangkutan Jalan (JPJ) akan mengeluarkan arahan pertukaran petugas kaunter JPJ membabitkan seramai 1,907 kakitangan yang sudah bertugas di kaunter lebih lima tahun.

Tindakan itu membabitkan petugas kaunter JPJ di seluruh negara dan selari dengan arahan Ketua Setiausaha Negara (KSN), Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar berhubung penggiliran kerja untuk kakitangan awam yang berkhidmat di kaunter lebih lima tahun.

Ketua Pengarah JPJ, Datuk Aedy Fadly Ramli dalam satu kenyataan berkata:

"JPJ sedang memperincikan senarai nama penjawat awam yang bertugas di kaunter JPJ untuk dikemukakan kepada pihak Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).

JPJ yakin langkah ini akan mempertingkatkan kecekapan, keberkesanan dan kualiti perkhidmatan yang disampaikan kepada pelanggan melalui kaunter-kaunter perkhidmatan JPJ.

Selain itu, usaha ini juga salah satu elemen penekanan terhadap aspek integriti petugas kaunter JPJ selain peningkatan kemahiran dan pengalaman penjawat awam terutamanya warga kerja JPJ dalam penyampaian perkhidmatan."

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: autoterkini, Datuk Aedy Fadly Ramli, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • XPENG P7 Disambut Hangat, 10 Ribu Tempahan 7 Minit, Jarak Lebih 700 km, 0-100 km/j 3.7 saat!
    XPENG P7 Disambut Hangat, 10 Ribu Tempahan 7 Minit, Jarak Lebih 700 km, 0-100 km/j 3.7 saat!
  • BSH Lancar Honda RS-X Winner Tricolor Edition dalam Unit Terhad, Harga RM10.2k!
    BSH Lancar Honda RS-X Winner Tricolor Edition dalam Unit Terhad, Harga RM10.2k!
  • Modenas Z15GT 2026 - Supermoped Buatan Malaysia Lancar dengan DNA Kawasaki!
    Modenas Z15GT 2026 - Supermoped Buatan Malaysia Lancar dengan DNA Kawasaki!
  • Cruiser Gaya Retro-Moden WMoto Bobbie 450s Lancar, Harga RM19,888
    Cruiser Gaya Retro-Moden WMoto Bobbie 450s Lancar, Harga RM19,888

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev