• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Kerajaan Beri Diskaun Tol 50 Peratus Sempena Tahun Baharu Cina 2025

Kerajaan Beri Diskaun Tol 50 Peratus Sempena Tahun Baharu Cina 2025

January 24, 2025 By Syafie Leave a Comment

FacebookTwitter

MESYUARAT Jemaah Menteri hari ini bersetuju memberi diskaun tol 50 peratus sempena perayaan Tahun Baharu Cina 2025, sebagai sebahagian daripada agenda Kerajaan Madani untuk menjaga kesejahteraan rakyat.

Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, diskaun ini melibatkan kos pampasan kepada Syarikat Konsesi Tol berjumlah RM20.08 juta.

Ini merupakan kesinambungan pemberian bantuan tol musim perayaan yang telah dilaksanakan sejak 2023. Kerajaan telah membelanjakan RM356.18 juta sebagai pampasan tol percuma untuk empat musim perayaan utama.

Sebelum ini, beliau mengumumkan bahawa dasar tol percuma untuk semua perayaan utama tidak akan diteruskan mulai tahun ini, tetapi diskaun 50 peratus akan dilaksanakan.

Diskaun ini akan bermula pada 12.01 pagi (27 Januari 2025) dan berakhir pada 11.59 malam (28 Januari 2025), hanya untuk kenderaan persendirian Kelas 1 di semua plaza tol kecuali di plaza tol sempadan negara.

Beliau juga mengingatkan pengguna lebuh raya untuk merancang perjalanan bagi mengelakkan kesesakan dan memanfaatkan aplikasi MYPLUS-TTA di PLUS App untuk cadangan waktu perjalanan.

Pengguna juga dinasihatkan untuk mematuhi arahan papan tanda dan maklumat trafik yang dipaparkan oleh Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) melalui pelbagai platform media sosial.

SUMBER: SinarHarian

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, Kementerian Kerja Raya (KKR), Tahun Baru Cina 2025, Tol Percuma

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #SembangDeras: Sistem Bayaran Tol Digital Masih Kucar-Kacir, Sampai Bila Nak Tunggu Seragam?
    #SembangDeras: Sistem Bayaran Tol Digital Masih Kucar-Kacir, Sampai Bila Nak Tunggu Seragam?
  • Beli Denza D9 Dapat Pakej Eksklusif Bernilai RM5k, Tawaran Sah Sepanjang September Ini!
    Beli Denza D9 Dapat Pakej Eksklusif Bernilai RM5k, Tawaran Sah Sepanjang September Ini!
  • #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

PANDU UJI

Pandu uji Mazda CX-60 dari Mazda Glenmarie ke TUI BLUE The Haven, Ipoh

#PanduUji: Lenjan Mazda CX-60 dari Glenmarie ke Ipoh, SUV Cita Rasa Premium Jepun Tulen

BERMAZ Motor baru saja melancarkan kenderaan utiliti sukan (SUV) saiz … [Baca Lagi...]

GAC Emkoo 2025

Media Malaysia Pandu Uji GAC Emkoo 2025 Menjelang Debut, Harga Mula Dijangka RM120k?

PENGEDAR sah jenama GAC Motor di Malaysia, WTC Automotif hari ini … [Baca Lagi...]

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev