• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Warga Emas Kena Denda RM1,600 kerana Tumbuk Kakitangan Puspakom

Warga Emas Kena Denda RM1,600 kerana Tumbuk Kakitangan Puspakom

January 24, 2025 By Syafie Leave a Comment

FacebookTwitter


SEORANG warga emas, Koh Soon Hua, 60, hari ini diarahkan Mahkamah Majistret membayar denda RM1,600 RM1,600 selepas mengaku bersalah menumbuk seorang kakitangan Pusat Pemeriksaan Berkomputer (Puspakom) dalam insiden tular, baru-baru ini.

Hukuman dijatuhkan selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah dalam bahasa Mandarin. Malah, Soon Hua, yang tidak bekerja, juga diperintahkan menjalani hukuman penjara enam bulan jika gagal membayar denda tersebut.

Tertuduh didakwa bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana menyerang kakitangan Puspakom pada 16 Januari lalu di cawangan Johor Bahru, Taman Daya.

Rakaman CCTV sorang pekerja Puspakom Johor Bahru kene lempang dengan pemandu lori...

Punca belum diketahui... pic.twitter.com/QzvLyH6Tyw

— MYNEWSHUB (@mynewshub) January 16, 2025

Kes bermula apabila tertuduh tidak berpuas hati selepas lori miliknya gagal dalam ujian brek ketika pemeriksaan berkala di Puspakom. Insiden tersebut sempat dirakam kamera litar tertutup (CCTV) yang kemudian tular di media sosial, yang mana kakitangan Puspakom mengalami lebam di telinga.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Siti Aishah Latiff, manakala tertuduh tidak diwakili peguam. Tertuduh membayar denda dikenakan tanpa perlu menjalani hukuman penjara.

SUMBER: SinarHarian

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, Mahkamah Majistret, Pusat Pemeriksaan Berkomputer (Puspakom)

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • GGR Motor Perkenal Prototaip Motosikal EV Pantera R1 dan R2 Buatan Malaysia, 300km Sekali Cas
    GGR Motor Perkenal Prototaip Motosikal EV Pantera R1 dan R2 Buatan Malaysia, 300km Sekali Cas
  • Solfili Lancar Lampu Belakang LED Baharu untuk Yamaha NMAX V2 & XMAX V2
    Solfili Lancar Lampu Belakang LED Baharu untuk Yamaha NMAX V2 & XMAX V2
  • #JMS2025: Nissan Elgrand Tampil Dengan Konsep Maglev!
    #JMS2025: Nissan Elgrand Tampil Dengan Konsep Maglev!
  • Proton Saga 2026 Serba Baharu Tayang kepada Umum, Tampil dengan Identiti Berbeza
    Proton Saga 2026 Serba Baharu Tayang kepada Umum, Tampil dengan Identiti Berbeza

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev