• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / BYD Sasar Kilang EV Bernilai RM4.44b di Indonesia Siap Menjelang Akhir 2025

BYD Sasar Kilang EV Bernilai RM4.44b di Indonesia Siap Menjelang Akhir 2025

January 24, 2025 By Syafie Leave a Comment

FacebookTwitter


PENGELUAR kenderaan elektrik (EV) terkemuka China, BYD menyasarkan untuk menyiapkan kilang bernilai AS$1 bilion (RM4.44 bilion) di Indonesia menjelang akhir 2025, sekaligus mengukuhkan lagi visinya untuk menguasai pasaran EV di negara yang didominasi pengeluar kereta Jepun.

Presiden Pengarah BYD Indonesia, Eagle Zhao berkata, pembinaan kilang di Subang, Jawa Barat, sedang berjalan lancar dan dijangka siap mengikut jadual. Kilang ini bakal mempunyai kapasiti pengeluaran tahunan sebanyak 150,000 unit EV.

Dengan pelaburan ini, BYD dibenarkan menghantar kereta ke Indonesia tanpa duti import buat sementara waktu. Langkah ini bertujuan merangsang permintaan EV dan menarik pelaburan dari pengeluar kereta. Kerajaan Indonesia menyasarkan untuk mengeluarkan 600,000 unit EV menjelang 2030.

Pada 2024, BYD mencatatkan jualan 15,429 unit pada tahun pertama operasinya di Indonesia. Berdasarkan data Januari hingga November, BYD mendahului jualan EV berasaskan bateri dengan penguasaan pasaran sekitar 36 peratus.

Zhao turut menyatakan bahawa kilang baru ini akan mula mengeluarkan kereta pertama tidak lama selepas siap. Setakat ini, BYD telah memperkenalkan empat model di Indonesia seperti:

  • Sedan BYD Seal
  • Kenderaan utiliti sukan (SUV) BYD Atto 3
  • Hatchback BYD Dolphin
  • Kenderaan pelbagai guna (MPV) BYD M6 

BYD merancang memperkenalkan lebih banyak model tahun ini dan mensasarkan 'pertumbuhan pesat' jualan pada 2025. Pengeluar itu juga bakal melancarkan jenama premium Denza di Indonesia minggu ini.

Dengan pencapaian melepasi sasaran jualan global lebih empat juta unit tahun lalu, BYD terus mengukuhkan kedudukan di Asia Tenggara dengan menyaingi pengeluar Jepun dan Korea.

Pada tahun lalu, BYD membuka kilang EV pertama di Thailand, bernilai AS$490 juta (RM2.1 bilion) dengan kapasiti pengeluaran 150,000 unit setahun. Di Singapura, BYD mendahului Tesla dari segi jualan pada separuh pertama 2024.

SUMBER: BeritaHarian

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, BYD, Indonesia, Kenderaan Elektrik (EV), Kilang BYD Indonesia

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Hanway BOB125S 2025 Kini di Malaysia, Harga RM14.8k
    Hanway BOB125S 2025 Kini di Malaysia, Harga RM14.8k
  • Video Acah Proton Saga Serba Baharu Tayang di Pelancaran Kilang EV, Apa Perlu Anda Tahu?
    Video Acah Proton Saga Serba Baharu Tayang di Pelancaran Kilang EV, Apa Perlu Anda Tahu?
  • Moped 150 Modenas Sah Dilancarkan Tahun Ini - Mampukah Cabar Y15ZR & RS150R?
    Moped 150 Modenas Sah Dilancarkan Tahun Ini - Mampukah Cabar Y15ZR & RS150R?
  • #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)

PANDU UJI

GAC Emkoo 2025

Media Malaysia Pandu Uji GAC Emkoo 2025 Menjelang Debut, Harga Mula Dijangka RM120k?

PENGEDAR sah jenama GAC Motor di Malaysia, WTC Automotif hari ini … [Baca Lagi...]

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev