• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / JPJ Bakal Tukar Petugas Kaunter Lebih Lima Tahun, Libat 1,907 Petugas

JPJ Bakal Tukar Petugas Kaunter Lebih Lima Tahun, Libat 1,907 Petugas

January 24, 2025 By Syafie Leave a Comment

50
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


JABATAN Pengangkutan Jalan (JPJ) akan melaksanakan pertukaran petugas kaunter yang telah bertugas lebih lima tahun dan ia bakal melibatkan 1,907 orang di seluruh negara.

Pertukaran ini dibuat selaras dengan arahan Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar, mengenai dasar penggiliran kerja penjawat awam.

Ketua Pengarah JPJ, Datuk Aedy Fadly Ramli berkata, senarai nama petugas yang layak akan dihantar kepada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) untuk tindakan lanjut.

Dasar ini juga bertujuan meningkatkan kecekapan, keberkesanan, dan kualiti perkhidmatan kaunter JPJ, serta menekankan aspek integriti petugas dan meningkatkan kemahiran mereka.

Aedy Fadly turut menegaskan komitmen JPJ dalam memberikan perkhidmatan terbaik untuk kesejahteraan rakyat, sejajar dengan agenda Reformasi Perkhidmatan Awam.

Sebelum ini, Shamsul Azri pada Majlis Amanat KSN Tahun 2025 telah mengarahkan JPA untuk melaksanakan pusingan kerja bagi penjawat awam yang berkhidmat lebih lima tahun, kerana tempoh tersebut dianggap terlalu lama.

Malah, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, turut menyokong pelaksanaan ini untuk menangani isu integriti dan meningkatkan mutu penyampaian perkhidmatan.

SUMBER: SinarHarian

Related

50
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), kaunter JPJ, Ketua Setiausaha Negara

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Modenas Z15GT 2026 - Supermoped Buatan Malaysia Lancar dengan DNA Kawasaki!
    Modenas Z15GT 2026 - Supermoped Buatan Malaysia Lancar dengan DNA Kawasaki!
  • BSH Lancar Honda RS-X Winner Tricolor Edition dalam Unit Terhad, Harga RM10.2k!
    BSH Lancar Honda RS-X Winner Tricolor Edition dalam Unit Terhad, Harga RM10.2k!
  • Cruiser Gaya Retro-Moden WMoto Bobbie 450s Lancar, Harga RM19,888
    Cruiser Gaya Retro-Moden WMoto Bobbie 450s Lancar, Harga RM19,888
  • Miliki MPV Elektrik Mewah Denza D9 dengan Tawaran Naik Taraf Hingga RM15,000!
    Miliki MPV Elektrik Mewah Denza D9 dengan Tawaran Naik Taraf Hingga RM15,000!

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev