• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / Honda CB750 Hornet 2025 Jepun dengan Rupa Depan Lebih Garang, Harga RM29.5k

Honda CB750 Hornet 2025 Jepun dengan Rupa Depan Lebih Garang, Harga RM29.5k

January 24, 2025 By Abang Hirata Leave a Comment

94
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


TAMPIL pada 2022 sebagai model 2023, Honda memperkemaskan Honda CB750 Hornet untuk pasaran Jepun. Model 2025 menggunakan set lampu dan rupa depan baharu yang garang ala karakter fiksyen Predator, tetapi kekal berbeza daripada CB1000 Hornet dan SP yang diperkenal pada Disember 2024.

Walaupun berada di pasaran Eropah dan tempatan, Honda CB750 Hornet tidak ditawarkan di negara asal Jepun hingga pengenalan ini atau secara rasmi pada 13 Februari depan.

Berikut apa menarik mengenai Honda CB750 Hornet 2025:

  • Dijana enjin RH24E 754cc OHC (Unicam) 2-silinder sebaris menghasilkan output kuasa 91ps @ 9,500rpm dan 75Nm @ 7,250rpm.
  • Enjin ini mempunyai karakteristik kuasa yang mudah dikendali dengan aliran tenaga pada julat rendah dan pertengahan seterusnya berkuasa dan mengujakan pada halaju tinggi.
  • Turut dilengkapi klac antigelincir Assist & Slipper (ASC) bagi mengurangkan beban ketika menarik tuil klac dan menahan loncatan roda belakang ketika menurunkan gear.
  • Frem jenis berlian (diamond) dipadankan bersama fork Showa (Hitachi Astemo Ltd.) SFF-BP (Separate Function Front Fork Big Piston) dan monoshock Pro-Link di belakang.
  • Kaliper brek Nissin dipadan bersama cakera kembar 296mm di depan, dan cakera tunggal 240mm di belakang serta dilengkapi Sistem Brek Anti-Kunci (ABS).
  • Rekabentuk rim ringkas dengan tayar 120/70ZR17M/C di depan, dan 160/60ZR17M/C di belakang.
  • Panel meter LCD TFT warna penuh 5 inci multi-info dan mudah dibaca.
  • Aplikasi Honda RoadSync menghubungkan motosikal dengan telefon pintar melalui Bluetooth yang membolehkan penunggang mendengar muzik atau panggilan telefon menggunakan suis hendal baharu dan input suara.
  • Sistem Throttle-by-Wire (TBW) menyumbang kepada respons terotel secara langsung dan mod tunggang Standard, Sport dan Rain yang menyediakan tetapan awal untuk tunggangan, manakala User mengikut pilihan penunggang.
  • Sistem kawalan traksi Honda Selectable Torque Control (HSTC) berfungsi menahan loncatan roda depan dan gelinciran roda belakang.
  • Satu lagi fungsi praktikal adalah nyah signal belok automatik yang memadamkan operasi lampu signal apabila menukar lorong atau selesai membelok kanan dan kiri.
  • Ada dua warna ditawarkan, Digital Silver Metallic dan Matte Ballistic Black Metallic.
  • Honda CB750 Hornet 2025 dijual pada harga 1,039,500 yen (RM29,520).

Related

94
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda2 Tagged With: Honda, Honda CB750 Hornet, Honda Hornet, naked bike, roda2, Sportbike Middleweight

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Beli Denza D9 Dapat Pakej Eksklusif Bernilai RM5k, Tawaran Sah Sepanjang September Ini!
    Beli Denza D9 Dapat Pakej Eksklusif Bernilai RM5k, Tawaran Sah Sepanjang September Ini!
  • #SembangDeras: Sistem Bayaran Tol Digital Masih Kucar-Kacir, Sampai Bila Nak Tunggu Seragam?
    #SembangDeras: Sistem Bayaran Tol Digital Masih Kucar-Kacir, Sampai Bila Nak Tunggu Seragam?
  • JBPM Rekod 27 Kes Kebakaran Kenderaan EV dan Hibrid Sejak 2023
    JBPM Rekod 27 Kes Kebakaran Kenderaan EV dan Hibrid Sejak 2023
  • Skuter Gaya Retro Moden MODA Moca 2025 Lancar di Malaysia, Harga RM3,988
    Skuter Gaya Retro Moden MODA Moca 2025 Lancar di Malaysia, Harga RM3,988

PANDU UJI

Pandu uji Mazda CX-60 dari Mazda Glenmarie ke TUI BLUE The Haven, Ipoh

#PanduUji: Lenjan Mazda CX-60 dari Glenmarie ke Ipoh, SUV Cita Rasa Premium Jepun Tulen

BERMAZ Motor baru saja melancarkan kenderaan utiliti sukan (SUV) saiz … [Baca Lagi...]

GAC Emkoo 2025

Media Malaysia Pandu Uji GAC Emkoo 2025 Menjelang Debut, Harga Mula Dijangka RM120k?

PENGEDAR sah jenama GAC Motor di Malaysia, WTC Automotif hari ini … [Baca Lagi...]

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev