• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / PLUS Laksana Tiga Strategi Utama Tangani Kesesakan Trafik Sempena Tahun Baru Cina

PLUS Laksana Tiga Strategi Utama Tangani Kesesakan Trafik Sempena Tahun Baru Cina

January 23, 2025 By Syafie Leave a Comment

FacebookTwitter


PLUS Malaysia Berhad (PLUS) memperkenalkan tiga strategi utama untuk menguruskan peningkatan trafik di lebuh raya sempena cuti perayaan Tahun Baru Cina yang bakal disambut tidak lama lagi.

Pengarah Urusan PLUS, Datuk Nik Airina Nik Jaffar berkata, strategi tersebut melibatkan pengurusan trafik yang lebih efisien, pengagihan trafik yang baik, serta peningkatan keselesaan pengguna.

PLUS akan mengaktifkan laluan Smart Lane di 25 lokasi utama untuk memastikan pergerakan trafik lancar di kawasan kritikal. Selain itu, aplikasi MyPLUS-TTA juga akan memudahkan pengguna merancang perjalanan mereka."

Nik Airina turut mengumumkan penempatan kira-kira 4,500 pertugas termasuk 490 anggota rondaan dan 50 anggota Pasukan Bantuan Kecemasan (ERT) untuk menguruskan insiden di lebuh raya.

Malah, PLUS juga akan menambah baik kemudahan awam di 50 lokasi dan menyediakan 50 tandas kabin.

Sementara itu, Ketua Penolong Pengarah Trafik Bukit Aman, Supt Khairul Azhar Ismail berkata 6,956 pegawai polis akan bertugas untuk membantu kelancaran pergerakan trafik sepanjang musim perayaan ini.

SUMBER: SinarHarian

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, PLUS Malaysia Berhad (PLUS), Tahun Baru Cina 2025

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • GGR Motor Perkenal Prototaip Motosikal EV Pantera R1 dan R2 Buatan Malaysia, 300km Sekali Cas
    GGR Motor Perkenal Prototaip Motosikal EV Pantera R1 dan R2 Buatan Malaysia, 300km Sekali Cas
  • #EICMA2025: Honda CB1000GT 2026, Touring Baharu Dengan Asas Hornet
    #EICMA2025: Honda CB1000GT 2026, Touring Baharu Dengan Asas Hornet
  • EV Paling Murah di Pasaran Malaysia, Proton e.MAS 5 2026 Lancar, Harga Mula RM56,800
    EV Paling Murah di Pasaran Malaysia, Proton e.MAS 5 2026 Lancar, Harga Mula RM56,800
  • #EICMA2025: Honda WN7, Motosikal EV Gaya Naked Dengan Jarak Lebih 140KM!
    #EICMA2025: Honda WN7, Motosikal EV Gaya Naked Dengan Jarak Lebih 140KM!

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev