• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Loke: JPJ Tidak Boleh Batal Lesen Pemandu OKU Mental Secara Sembarangan

Loke: JPJ Tidak Boleh Batal Lesen Pemandu OKU Mental Secara Sembarangan

January 23, 2025 By Syafie Leave a Comment

FacebookTwitter


JABATAN Pengangkutan Jalan (JPJ) tidak boleh membatalkan lesen memandu orang kelainan upaya (OKU) mental secara sembarangan, kata Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook.

Beliau menegaskan bahawa tidak semua OKU tidak mampu memandu dengan baik, dan jika ada kes-kes tertentu, ia adalah kes terpencil.

Menurut Loke, OKU juga memerlukan lesen untuk bekerja atau menjalankan urusan harian. Beliau memberi contoh pemandu e-hailing dari kalangan OKU, seperti mereka yang bisu atau pekak, yang turut dilesenkan dan membuktikan mereka mampu memandu dengan selamat.

Kes tertentu akan diteliti dan tindakan diambil jika perlu, tetapi jangan generalisasikan semua OKU."

Loke mengulas cadangan sebuah NGO pada 22 Januari yang meminta JPJ membatalkan lesen OKU mental yang disahkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Cadangan itu timbul selepas seorang lelaki OKU mental berusia 47 tahun dipukul di Pasar Tani Padang Astaka Chukai pada 19 Januari lalu, dipercayai akibat kemalangan melibatkan motosikalnya.

SUMBER: SinarHarian

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Anthony Loke, Auto Terkini, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Kementerian Pengangkutan (MOT), orang kelainan upaya (OKU)

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Tempahan Proton Saga 2026 Serba Baharu Kini Dibuka, Harga Mula RM40k!
    Tempahan Proton Saga 2026 Serba Baharu Kini Dibuka, Harga Mula RM40k!
  • Harley-Davidson Perkenal Barisan 2026, Model Generasi Baru Kini Lebih Baik
    Harley-Davidson Perkenal Barisan 2026, Model Generasi Baru Kini Lebih Baik
  • #EICMA2025: Honda CB1000GT 2026, Touring Baharu Dengan Asas Hornet
    #EICMA2025: Honda CB1000GT 2026, Touring Baharu Dengan Asas Hornet
  • EV Paling Murah di Pasaran Malaysia, Proton e.MAS 5 2026 Lancar, Harga Mula RM56,800
    EV Paling Murah di Pasaran Malaysia, Proton e.MAS 5 2026 Lancar, Harga Mula RM56,800

Pandu Uji

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

Pandu uji Mazda CX-60 dari Mazda Glenmarie ke TUI BLUE The Haven, Ipoh

#PanduUji: Lenjan Mazda CX-60 dari Glenmarie ke Ipoh, SUV Cita Rasa Premium Jepun Tulen

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my