PROTON Holdings Bhd (Proton) meningkatkan pengeluaran kenderaan elektrik (EV), Proton e.MAS 7 sebanyak 6,000 unit berikutan permintaan tinggi daripada pelanggan seluruh negara.
Terdahulu, pengeluar nasional itu mensasarkan pengeluaran 3,000 unit dalam enam bulan, tetapi sudah melepasi sasaran itu dalam masa kurang sebulan sahaja.
Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Proton, Roslan Abdullah berkata, peningkatan ini menunjukkan penerimaan positif rakyat terhadap EV dan percaya dalam tiga hingga empat tahun, penggunaan EV akan semakin meluas yang berkemungkinan menggantikan kenderaan petrol dan diesel.
Proton e.MAS 7 dilancarkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Disember lalu sebagai model EV nasional pertama negara yang diperkenalkan pada harga bermula RM109,800.
Model ini hadir dalam dua varian, iaitu Prime (RM109,800) dan Premium (RM123,800). Antara ciri diberikan ialah prestasi motor 12-dalam-1, sistem audio 16 pembesar suara, dan ruang dalaman luas dengan 33 ruang simpanan.
SUMBER: AstroAwani
Leave a Reply