• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Tiada Lagi Tol Percuma Musim Perayaan, Kerajaan Mahu Pertimbang Alternatif Lain

Tiada Lagi Tol Percuma Musim Perayaan, Kerajaan Mahu Pertimbang Alternatif Lain

January 22, 2025 By Syafie Leave a Comment

FacebookTwitter


KEPUTUSAN kerajaan untuk tidak meneruskan dasar pemberian tol percuma pada musim perayaan bermula tahun ini mengejutkan banyak pihak.

Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi menjelaskan pemberian tol percuma mungkin akan dilaksanakan jika terdapat pertimbangan lain, dan akan diumumkan semasa ke semasa.

Inisiatif tol percuma sebelum ini bertujuan mengurangkan kos perjalanan, terutama golongan B40, selain menggalakkan orang ramai pulang ke kampung ketika perayaan. Namun, keputusan menghentikan inisiatif itu tahun ini dijangka mencetuskan kritikan pelbagai pihak.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi juga menjelaskan pemberian tol percuma tidak menyelesaikan masalah kesesakan di lebuh raya, sebaliknya Kerajaan terpaksa menanggung pampasan lebih RM35 juta sehari kepada syarikat konsesi tol.

Walaupun pampasan diberikan secara tunai, tempoh konsesi tol pula  perlu dipanjangkan, sekali gus membebankan kewangan Kerajaan.

BERI INSENTIF PENGANGKUTAN AWAM, SUBSIDI PERJALANAN LEBIH 400KM

Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM) Kedah mencadangkan Kerajaan memberi insentif kepada pengendali pengangkutan awam berbanding tol percuma bagi menangani kesesakan dan mengurangkan beban kewangan negara.

Sementara itu, Pensyarah Perbankan dan Kewangan Islam di USIM, Dr Mohd Faisol Ibrahim mencadangkan pemberian subsidi kepada pengguna jalan raya yang berdepan kekangan kewangan, terutama mereka yang melakukan perjalanan melebihi 400km sempena cuti Tahun Baru Cina.

Walaupun tol percuma tidak lagi diberikan, Kerajaan dijangka merangka dasar lebih bersasar untuk memberi manfaat kepada masyarakat. Keputusan ini mungkin akan mengurangkan trafik di lebuh raya dan meningkatkan penggunaan pengangkutan awam.

SUMBER: SinarHarian

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, Kementerian Kerja Raya (KKR), Tahun Baru Cina 2025, Tol Percuma

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
    Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
  • General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
    General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
  • Kymco AK550 Premium Kini CKD,  Harga Lebih Murah di Malaysia
    Kymco AK550 Premium Kini CKD, Harga Lebih Murah di Malaysia
  • Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460
    Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460

Pandu Uji

#PanduUji: Inilah Cara Menang Cabaran Pandu Proton e.MAS 5 Paling Jimat, Hanya 9.6kW/100km!

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my