KITA harus akui 2017 sebagai tahun kebangkitan trend kenderaan utiliti sukan (SUV) jenis crossover. Jika Hyundai bakal mengeluarkan Kona, dan Kia dengan Stonic, Citroen juga tidak mahu ketinggalan menerusi model C3 Aircross.
Citroen C3 Aircross ialah model pengganti C3 Picasso yang dirombak daripada gaya kenderaan pelbagai guna (MPV) lama menjadi crossover dengan daya tarik baru yang lebih mempesona. Apakah keunikan lain C3 Aircross ini:
BACA >>> Imej Bocor Citroen C3 Aircross Bukan daripada Foto Intipan, Tetapi Model Skala
- Citroen C3 Aircross menawarkan 90 kombinasi luaran, dan lima skema rekaan dalaman untuk dipadankan. Pembeli bebas memilih mengikut cita rasa sendiri.
- Citroen C3 Aircross mengadaptasi pendekatan rekabentuk horizontal yang mesra pengguna.
- Panjang Citroen C3 Aircross 4.15m, paling superior dalam kelas SUV segmen-B.
- Menawarkan fungsi kerusi gelongsor dalam dua cara bebas, dan kerusi penumpang depan boleh dilipat rata untuk mendapatkan ruang panjang 2.40 meter.
- Kapasiti but mampu menampung keluasan 410 hingga 520 liter.
- Paparan skrin sentuh 7-inci untuk sistem infotainment, pengecas wayarles untuk telefon pintar dan ruang simpanan pintar.
- Semua versi Citroen C3 Aircross ialah pacuan roda-depan (FWD), dengan tambahan ciri Kawalan Cengkaman (Grip Control) yang membantu meningkatkan cengkaman kereta dalam pelbagai kondisi pemanduan berbeza, termasuk fungsi Bantuan Turun Bukit (HAD).
- Ada dua opsyen enjin - 3-silinder PureTech petrol dan 4-silinder BlueHDi diesel.
- Model petrol permulaan dikuasakan enjin 1.2L berkuasa 81hp. Enjin sama turut menawarkan model versi pengecas turbo berkuasa 108hp dan 128hp. Bagi model diesel, ada dua varian enjin 1.6L BlueHDi ditawarkan, iaitu berkuasa 99hp dan 118hp.
- Sistem bantuan pemandu memberikan banyak ciri terkini seperti paparan dongak berwarna, kamera pandang belakang pandangan atas, bantuan parkir, brek bandar aktif (ACB), Amaran Keluar Lorong (LDW), Pemantau Titik Buta (BSM), lampu utama suluhan pintar dan lain-lain.
- Citroen C3 Aircross dihasilkan di kilang Zaragoza di Sepanyol dan bakal dilancarkan di Eropah bermula penggal kedua tahun ini. Harga akan diumumkan Julai ini.
VIDEO
GALERI
SUMBER: Car Scoops
Leave a Reply