• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / Tak Sampai Sebulan, Modenas Sudah Terima 2,000 Unit Tempahan - Pulsar RS200 & NS200 Paling Laku!

Tak Sampai Sebulan, Modenas Sudah Terima 2,000 Unit Tempahan - Pulsar RS200 & NS200 Paling Laku!

June 13, 2017 By Abang GYL 4 Comments

7.5k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

KURANG sebulan dari tarikh pelancaran, Modenas sudah menerima hampir 2,000 unit tempahan bagi model Pulsar RS200, NS200 dan V15.

Daripada jumlah berkenaan, Modenas Pulsar RS200 dan NS200 menerima tempahan paling banyak. Kedua-dua model ini masing-masing menerima sebanyak 750 unit tempahan manakala selebihnya Modenas V15.

Menurut Modenas, 300 unit pertama sudah diserahkan kepada pelanggan. Manakala 300 unit lagi bagi peringkat kedua sedang dalam penghantaran kepada semua pengedar Modenas seluruh negara.

Bagi mereka yang sudah menempah di antara ketiga-tiga model berkenaan, tempoh menunggu adalah sekitar dua bulan. Bagaimanapun, Modenas kini sedang berusaha meningkatkan volum produksi pemasangan ketiga-tiga model ini.

Sebagai makluman, Modenas V15 dijual pada harga RM5,989. Manakala Modenas Pulsar NS200 dan RS200 masing-masing dijual pada RM9,222 serta RM11,342.

BACA >>> Lepas 2 Minggu Bawa Modenas Pulsar RS200, Inilah Pengalaman Saya Dapat!!!

HARGA

  • Modenas V15 - RM5,989
  • Modenas Pulsar NS200 - RM9,222
  • Modenas Pulsar RS200 - RM11,342

* Harga atas jalan termasuk GST tanpa insurans

Modenas RS200 Malaysia_PanduLaju (11)
Modenas NS200 Malaysia_PanduLaju (11)

MODENAS PULSAR NS200 & RS200

Model naked street bike (Pulsar NS200) dan race bike (Pulsar RS200) ini masing-masing menggunakan enjin yang sama iaitu SOHC, liquid cooled bersesaran 199cc. Bagaimanapun ia menghasilkan hamburan kuasa berlainan tetapi tork yang sama.

Bagi Modenas Pulsar NS200, ia mampu menghasilkan kuasa sebanyak 23.5PS pada 9,500rpm dan tork 18.6Nm (8,000rpm).

Manakala Modenas Pulsar RS200 pula menghamburkan kuasa 24.5PS pada 9,500rpm dan tork 18.6Nm. Kedua-dua model ini menggunakan kotak gear 6-kelajuan.

BACA >>> Mahu Servis Motosikal, Hubungi Saja Mobile Service Modenas

Modenas Bajaj V15 Malaysia_PanduLaju (10)
Modenas Bajaj V15 Malaysia_PanduLaju (14)

MODENAS V15

Berlainan pula dengan Modenas V15. Motosikal cafe racer itu dipadankan enjin bersesaran 150cc yang mampu menghasilkan kuasa sebanyak 12PS pada 7,500rpm bersama tork 13Nm (5,500rpm).

Melihat kepada harga ditawarkan, kami yakin model ini bakal mencetus satu fenomena yang luar biasa. Melihat pada tempahan luar biasa, ia sudah membuktikan Modenas kini sudah bangkit.

Paling penting, kami berharap pihak Modenas akan terus serius memastikan perkhidmatan selepas jualan berada dalam keadaan terbaik.

BACA >>> Moped 150 Modenas Sah Dilancarkan Tahun Ini - Mampukah Cabar Y15ZR & RS150R?

GALERI
MODENAS PULSAR NS200

Related

7.5k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda2 Tagged With: harga modenas pulsar ns200, harga modenas pulsar rs200, harga modenas v15, Modenas, modenas pulsar NS200, modenas pulsar RS200, modenas V15, tempahan modenas

Comments

  1. Powershot says

    June 14, 2017 at 3:36 AM

    Saya rasa pembetulan patut dibuat. Sepatutnya 20000 unit tempahan, bukannya 2000.

    Reply
  2. Ahmad shah says

    June 14, 2017 at 2:48 PM

    Bagi model modenas pulsar ns200 @ rs200 berapa muka pendahuluan yang diperlukan sekiranye berminat.. Dokumen yang diperlukan?

    Reply
  3. Riaz says

    August 12, 2017 at 12:26 PM

    Rs200 utk upgrade ecu, berapa kos?
    Top speed boleh naik berapa?

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #SembangDeras: Sistem Bayaran Tol Digital Masih Kucar-Kacir, Sampai Bila Nak Tunggu Seragam?
    #SembangDeras: Sistem Bayaran Tol Digital Masih Kucar-Kacir, Sampai Bila Nak Tunggu Seragam?
  • Beli Denza D9 Dapat Pakej Eksklusif Bernilai RM5k, Tawaran Sah Sepanjang September Ini!
    Beli Denza D9 Dapat Pakej Eksklusif Bernilai RM5k, Tawaran Sah Sepanjang September Ini!
  • #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

PANDU UJI

Pandu uji Mazda CX-60 dari Mazda Glenmarie ke TUI BLUE The Haven, Ipoh

#PanduUji: Lenjan Mazda CX-60 dari Glenmarie ke Ipoh, SUV Cita Rasa Premium Jepun Tulen

BERMAZ Motor baru saja melancarkan kenderaan utiliti sukan (SUV) saiz … [Baca Lagi...]

GAC Emkoo 2025

Media Malaysia Pandu Uji GAC Emkoo 2025 Menjelang Debut, Harga Mula Dijangka RM120k?

PENGEDAR sah jenama GAC Motor di Malaysia, WTC Automotif hari ini … [Baca Lagi...]

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev