• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / BSH Lancar Honda CBR650R, CB650R 2025 dengan Teknologi E-Clutch, Harga Mula RM47.9k!

BSH Lancar Honda CBR650R, CB650R 2025 dengan Teknologi E-Clutch, Harga Mula RM47.9k!

January 17, 2025 By Shawkath Leave a Comment

93
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


BOON Siew Honda (BSH) mengumumkan ketibaan dua model motosikal baharu yang dilengkapi teknologi Honda E-Clutch, iaitu sportbike Honda CBR650R dan naked bike CB650R ke pasaran Malaysia.

Motosikal jenama Jepun itu ditawarkan dalam lima warna pilihan untuk dua siri 650 E-Clutch itu. Berikut perincian dua model tersebut:

HARGA

  • Honda CBR650R - RM49,999
  • Honda CB650R - RM47,999

* Harga tidak termasuk cukai jalan, pendaftaran dan insurans.

WARNA

  • Honda CBR650R: Grand Prix Red (merah) dan Matte Gunpowder Black Metallic (hitam kilat)
  • Honda CB650R: Matte Gunpowder Black (hitam kilat), Metallic Matte Laurel Green Metallic (hijau) dan Candy Chromosphere Red (merah)

ENJIN

  • Enjin 4-lejang 4-silinder sebaris 649cc DOHC 16-injap penyejukan cecair dengan suntikan bahan api PGMFI
  • Output kuasa 93.9hp @ 12,000rpm, dan tork 63Nm @ 9,500rpm.
  • Kotak gear manual 6-kelajuan dengan teknologi E-Clutch.
  • E-Clutch membolehkan motosikal berhenti, mula berjalan dan menukar gear tanpa melibatkan pengendalian klac tangan secara manual.

SUSPENSI

  • Fork terbalik (USD) 41mm Showa Separate Function Front Fork Big Piston (SFF-BP) di depan, dan monoshock boleh laras 10-tetapan prabeban.

DIMENSI

  • Honda CBR650R
    • Dimensi panjang 2,120mm, lebar 750mm, dan tinggi 1,145mm, manakala jarak roda 1,450mm
    • Tinggi pelana 810mm
    • Jarak tinggi bumi 130mm
    • Berat kasar 211kg
  • Honda CB650R
    • Dimensi panjang 2,120mm, lebar 780mm, dan tinggi 1,075mm, manakala jarak roda 1,450mm
    • Tinggi pelana 810mm
    • Jarak tinggi bumi 150mm
    • Berat kasar 207kg

KAPASITI TANGKI MINYAK

  • Kedua-dua varian E-Clutch ini memiliki kapasiti tangki petrol sama 15.4 liter.

RIM

Selain tangki minyak sama, CBR650R dan CB650R turut berkongsi saiz rim, tayar dan sistem brek sama:

  • Sepasang rim 17 aloi dengan tayar 120/70 (depan) dan 180/55 (belakang)
  • Sistem brek cakera kembar 310mm dengan kaliper 4-piston (depan), dan cakera tunggal 240mm dengan kaliper piston tunggal (belakang)
  • Kedua-dua model turut dilengkapi Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) dwi-saluran
honda cbr650r - 1
honda cbr650r - 2
honda cbr650r - 3
honda cbr650r - 4
honda cb650r - 1
honda cb650r - 2
honda cb650r - 3
honda cb650r - 4
honda cb650r - 5
honda cb650r - 6

Related

93
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda2 Tagged With: autoterkini, Boon Siew Honda, E-Clutch, Honda CB650R, Honda CBR650R, roda2

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
    #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
  • #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
    #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
  • BUDI95: JPJ Lanjut Operasi Kaunter Hujung Minggu Seluruh Malaysia
    BUDI95: JPJ Lanjut Operasi Kaunter Hujung Minggu Seluruh Malaysia
  • AEON Credit Taja Slot Wildcard Moto3 untuk Hakim Danish
    AEON Credit Taja Slot Wildcard Moto3 untuk Hakim Danish

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev